Yusof Haslam dilantik kali kedua pantau SPRM

Tahniah Datuk! Pengarah dan penerbit filem terkenal ,Datuk Yusof Haslam dilantik sekali lagi untuk menjadi ahli Panel Perundingan Pencegahan Rasuah (PPPR) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Selain Datuk Yusuf,perlantikannya itu, bersama-sama sebelas yang lain akan berkuat-kuasa bermula 1 Jun 2020 hingga 31 Mei 2022.

Meskipun datang dari latar belakang perfileman, Yusof berkata pelantikannya itu adalah untuk membantu menangani rasvah dalam semua bidang.

“Terima kasih di atas pelantikan ni dan pihak yang telah memberi kepercayaan kepada saya.

“Saya dilantik bukan khusus untuk pantau bidang perfileman semata-mata, tapi merangkumi semua bidang secara umum,” katanya.

Kali pertama penerbit drama siri kepolisan Gerak Khas itu dilantik mengaggotai lembaga penasihat itu ialah pada 15 Ogos 2016 hingga 14 Ogos 2017.

“Sebelum ini di bawah Najib Razak sebagai perdana menteri, tetapi sekarang dengan Muhyiddin Yassin,” ujarnya penuh semangat.

Diminta mengulas tentang harapannya dari segi penambahbaikan untuk SPRM, Yusof hanya menjawab ringkas kerana mesyuarat belum diadakan setakat ini.

“Pelantikan ahli badan bebas dibuat agar agensi ini dapat mempamerkan ketelusan dan integriti dalam menjalankan operasi.

“Tapi kami belum bermesyuarat. Dalam mesyuarat nanti akan dibincang tentang perkara yang boleh memberi manfaat untuk kebaikan bersama,” katanya yang menjangka mereka akan mengadakan pertemuan sebulan sekali.

 

 

 

 

 

Sumber:Malaysiakini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*