Dituduh sepupu mencvri harta pusaka, Fatin Afeefa akhirnya buka mulut

Panas! Belum pun reda mengenai kontr0versi hubungan cinta dengan suami orang, nama pelakon Fatin Afeefa sekali lagi menjadi perhatian warganet.

Terbaru, seorang pengguna laman Twitter yang dikenali sebagai @sharizrosee telah mendedahkan bahawa Fatin yang juga merupakan sepupunya telah memutuskan hubungan saudara diantara mereka dipercayai berpunca daripada harta pusaka.

Dedah Shariz lagi, keluarga Fatin tidak mengaku hubungan keluarga mereka kerana enggan umum mengetahui akan kewujudannya.

Lebih mengejutkan, menurut Shariz pelakon yang terkenal menerusi filem Tentang Bulan itu pernah mencvri gelang dan rantai emas milik ibunya nya sendiri. Namun, abang kandung Shariz telah ditvduh sebagai dalang kes tersebut sehingga menyebabkannya dit4han pihak berkuasa.

Shariz juga menafikan yang dia ingin menumpang populariti Fatin Afeefa dan menegaskan tindakan beraninya ini adalah kerana dia berada di pihak yang benar.


Rata-rata pengguna yang lain meluahkan rasa terkejut dengan pendedahan itu kerana tidak menyangka bahawa Fatin dan keluarganya tergamak berbuat demikian.

Menurut Shariz lagi, pendedahan tersebut dibuat adalah kerana ingin menegakkan kebenaran dan hak buat keluarganya.

Ketika ini posting tersebut telah mendapat lebih dari 14 ribu ‘Retweet’ dan mencecah hampir 28 ribu tanda suka (like).

Bagaimanapun, Fatin dilihat tidak berdiam diri dengan kenyataan tersebut dan difahamkan telah membuat laporan polis.

Fatin juga meminta agar tidak meningg4lkan apa-apa komen negatiif di laman s0sialnya selagi dia tidak dibuktikan bersalah.

 

Fuh..menjawab-jawab dah ni. Diharapkan pihak Fatin dan Shariz dapat menemui jalan penyelesaian. Bincang elok-elok. Mungkin cuma salah faham saja.

Berani kerana benar. Kalau tak buat salah, buat apa nak takut, ye tak?

 

 

 

 

 

Sumber:Murai

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*