Mereka tidak mengharapkan pujian tinggi melangit,tetapi jangan pula dilempar kata-kata cerca.
Begitulah gambaran yang terpendam di hati seorang jururawat ini apabila ada individu yang memperlekehkan kerjayanya.
Menerusi perkongsian di Facebook Miesz Noniey, jururawat itu mendedahkan kejadian berlaku pada minggu lalu sewaktu dia singgah di sebuah stesen minyak selepas pulang dari kerja.
“Balik kerja (dalam uniform) singgah petrol pump isi minyak kereta dah kelip-kelip menunggu m4ti di jalanan.
“Ada uncle ni siap tanya, you kerja hospital ke? Aiyo jangan bawa kotor-kotor, nanti semua orang sakit.
“Orang-orang lain pun tengok dengan pandangan jijik macam aku bawa virvs. Balik kerja ada pakcik-pakcik tengah melepak pun tengok semacam,” ujarnya.
judge orang tak tentu pasal. Kami nurse, pembantu perubatan, doktor (frontliner) kalau nak attend patient yang risk (berisiko) kena pakai PPE (Personal Protective Equipment).
“Dalam tu scrub suit yang hospital sediakan. Sebelum balik kami remove semua. Siap mandi dulu. Uniform pakai pergi dan balik kerja je. Tak payah la pandang orang j!jik sangat.
“Yang korang, orang suruh stay home. Stay home! Degil juga nak keluar. Cari penyakit! Bila sakit tahu pula datang cari kami yang j!jik ni,” ujarnya.
Dalam posting sama, dia turut menyertakan tanda pagar #sedih seolah-olah menggambarkan perasaannya atas kejadian itu.

Satu lagi posting Facebook yang seolah-olah mempertikai kehadiran jururawat di tempat awam.
Posting ini juga turut dihujani dengan pelbagai reaksi dari wargamaya.
Majoritinya turut meluahkan rasa marah di atas layanan yang diberikan terhadap jururawat itu.
“Dia yang k0tor nak cakap nurse pula.
“Sibuk kata kita bawa kuman. Yang dia menyebar ke serata alam tak fikir.

“Betul-betul tak menghargai langsung pengorbanan orang.
“Kalau jumpa pakcik tu lagi, bersin kuat-kuat depan muka dia,” tulis beberapa netizen.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber: Sumber
Leave a Reply