Tiada bil elektrik fizikal sepanjang tempoh PKP

Ekoran larangan keluar rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) sebahagian besar perkhidmatan hanya dijalankan secara dalam talian sahaja.

Salah satu daripadanya adalah pembacaan meter elektrik oleh Tenaga Nasional Berhad(TNB) dimana tiada bil bercetak semasa tempoh PKP. Langkah ini diambil adalah untuk memastikan keselamatan pelanggan serta pekerja TNB.

Menurut TNB, perkhidmatan bil bercetak bermula dari 20 Mac 2020 akan dihentikan buat sementara waktu sehingga diberitahu kelak.

Sepanjang tempoh PKP ini,pengguna diminta menyemak bil menerusi laman web myTNB atau memuat turun aplikasi myTNB untuk Android atau iOS.

Selain itu, bil baru akan dianggarkan berdasarkan penggunaan bil bulan sebelumnya. Sebagai contoh, sekiranya bil bulan sebelum adalah RM100, bil terbaharu anda akan dianggarkan pada jumlah yang sama, RM100.

Amaun bil tersebut akan diselaraskan semula apabila kakitangan TNB membuat bacaan sebenar di kediaman anda selepas tempoh PKP tamat.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai perkhidmatan TNB boleh hubungi mereka pada talian 1-300-88-5454 atau hantarkan email ke tnbcareline@tnb.com.my.

Sumber: TNB / SUMBER

Kredit:Penangkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*