Penyanyi Diddy Hirdy (AF4) kongsi pengalaman situasi Covid19 di UK

Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 4, Diddy Hirdy yang kini sedang melanjutkan pengajiannya di peringkat Sarjana dalam bidang pengajian Industri Muzik di Universiti Liverpool mendedahkan situasi di bandar tempat tinggalnya di Cheshire, United Kingdom (UK) yang kini bertukar menjadi ‘ghost town’.

Sungguhpun begitu, Diddy bersyukur kerana kediamannya terletak berdekatan dengan kedai yang menjual barangan keperluan harian.

“Kami duduk je rumah ikut perintah UK government. Keluar pun seorang, kalau ada urusan penting atau nak beli makanan.

“Nasib baik lah kedai runcit yang ada jual barang basah kat seberang jalan je ni. Tapi bila keluar, dah macam ghost town dah kat area kawasan rumah ni. Sunyi sepi!” ceritanya.

Biarpun mengambil langkah-langkah pencegahan maksimun, namun pelantun lagu Hilang ini menceritakan adakalanya dia mengalami sakit kepala dan kesukaran bernafas.

“Setiap kali balik dari keluar rumah, mesti salah seorang kat rumah ni akan ada rasa nak demam walaupun Diddy balik terus melulu masuk bilik air dan mandi.

“Diddy dah kena thumping headache selama seminggu, 2 minggu lepas.

“Selepas hilang sakit tu, ada rasa very mild breathing problem sampai sekarang.

“Kalau ada bibit-bibit nak sakit, kami cepat-cepat makan ubat, mandi, makan strepsil, gargle air garam, minum air rebusan serai, halia bila rasa tu datang (apa sahaja cara yang ada untuk tak nak sakit, tapi tak la buat semua tu serentak),” tambahnya.

Menurut Diddy lagi, oleh kerana kes COVID-19 mendadak di UK, pihak perubatan hanya menghantar bantuan seandainya kes benar-benar serius sahaja.

“Kat sini kena call nombor untuk kes COVID-19 ni tapi kena ada full symptoms atau dah teruk baru la ambulance datang beri bantuan, belum tentu bawa terus ke hospital.

“Kita sendiri tak boleh pergi hospital, dan kemudahan untuk dapatkan test tiada melainkan dah sakit teruk (orang kat Malaysia patut bersyukur health care system kita masih lagi mampu berfungsi dengan baik setakat ini).

“Jadi, kami cuba menjaga kesihatan sebaik mungkin. Apa boleh buat, senyum jelah walau hati gundah gulana mengenang nasib di sini,” ujarnya.

Diddy berada di UK sejak tahun 2014.

Wajah Diddy ketika menyertai Akademi Fantasia musim Keempat

 

 

 

 

Kredit:Perak Today

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*