“Dia Sanggup Terima Mama Dengan Anak 5”- Noor Kartini Syukur Usia Perkahwinan Cecah 25 Tahun

Ibu kepada selebriti popular Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini mended4hkan suaminya , Datuk Abdul Halim Khan seorang yang garang tetapi mempunyai hati yang baik.

Kongsi Noor Kartini, suaminya seorang lelaki yang penyayang kerana dapat menerimanya sebagai isteri meskipun ketika itu dia sudah mempunyai 5 orang anak dari perkahwinan terdahulu.

“Uncle (suaminya) ni sebenarnya masa mama (Noor Kartini) kenal dia dulu dia seorang yang gar4ng, tapi dalam hati mama tahu uncle baik sebab dia sanggup terima mama dengan 5 anak anak mama.

“Dulu masa anak anak kecil memang uncle tak bagi mama buat kerja uncle cakap ” you jaga anak je” tapi mama nak4l ada juga jual senyap2 tapi uncle tahu sebenarnya ..

“Lama lama bila mama lembut dengan uncle , mama nampak uncle sebenarnya mungkin masih dalam proses nak berkenalan dengan mama , yelah kami kan kenal sekejap je then kahwin,” beritahunya.

Kartini berkongsi perkara itu di akaun Instagram miliknya. Menerusi entri itu dia memuat naik fotonya bersama bapa tiri Neelofa yang dipercayai ketika itu berada di dalam pesawat.

Kini, Kartini bersyukur kerana usia perkahwinannya sudah mencecah 25 tahun dan dia bahagia hidup dengan suaminya.

“Alhamdulillah dah masuk 25 tahun mama bahagia, Allah hadirkan suami yg penyayang , penuh dengan ihsan dan empati terhadap ramai orang. Dia banyak mengajar mama menjadi ibu dan isteri yang lebih baik.”

Komen Netizen:

“Dari dulu sebagai isteri mama selalu jadi isteri yang tidak meminta – minta tetapi memang uncle selalu hadiahkan mama macam-macam mungkin asbab kebaikan dia kepada mama sebagai isteri Allah kurniakan dia rezeki berjaya,” kongsinya lagi.

Selama 25 tahun mendirikan rumah tangga Noor Kartini turut dikurniakan 4 orang lagi cahaya mata bersama.

 

 

Sumber : https://gempak.com/

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*