Rakaman Perbuatan Pemuda Ini Terhadap Kucing Cetus Am4r4h Ramai

 

SYAITAN bertopengkan manusia!

Sikap tidak berperikemanusiaan seorang lelaki terhadap seekor kucing di hadapan sebuah kedai berjaya dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV).

Rakaman berdurasi 2 minit dan 35 saat itu menunjukkan seorang lelaki yang memandu kereta Bezza warna putih yang kemudian diletakkan di hadapan sebuah kedai.

Dia kemudian mengumpan seekor kucing dengan memberikan makanan di kaki lima kedai sebelum dengan sengaja membaling batu-bata ke arah haiwan tersebut.

pukul kucing 3

Lelaki ini mengumpan makanan sebelum memukul kucing.

Kucing malang itu ditinggalkan dalam keadaan menggelupur ibarat ‘nyawa-nyawa ikan’ akibat kecederaan yang dialaminya.

Lelaki berbaju dan berseluar hitam itu yang masuk ke dalam kereta Bezza selepas melakukan serangan kemudian dilihat keluar semula dari kenderaannya dan berpatah balik untuk melihat kucing itu dalam keadaan kesakitan.

Menerusi satu perkongsian yang kini tular di media sosial, kejadian dikatakan berlaku pada awal pagi Ahad di hadapan sebuah kedai di Semeling, Kedah.

“Pada jam lebih kurang 1.10 pagi, seorang individu lelaki telah datang ke bahagian hadapan kedai MR DIY Express Semeling dipercayai ingin memberi makanan kepada seekor kucing lalu bertindak membaling batu ke arah kucing tersebut dan membiarkannya dalam kesakitan tanpa memberikan bantuan.

“Di sini saya sertakan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi membuktikan kesahihan kenyataan yang saya sampaikan,” tulis pengguna Facebook bernama Hafiz Qayyum.

pukul kucing 7

Keadaan kucing yang kesakitan.

Dia turut memuat naik foto kucing tersebut yang mengalami kesan luka di bahagian kepala.

Menurut Hafiz Qayyum, dia sangat tidak menyokong keganasan terhadap haiwan yang tidak berperikemanusiaan.

Menerusi ruangan komen, Hafiz Qayyum turut memuat naik satu lagi video di di luar premis sama di mana terdapat dua kucing yang diumpannya dengan makanan.

Seekor kucing berjaya mengikutnya ke tengah jalan, di belakang kereta Bezzanya sebelum ditendang haiwan itu dengan kejam.

Berdasarkan dua rakaman itu, lelaki berkenaan dilihat kurang senang dengan kehadiran haiwan itu dan melakukan keganasan.

Sehingga kini, posting di Facebook Hafiz Qayyum dikongsi lebih 3,400 kali.

pukul kucing 5

Lelaki berkenaan menendang seekor kucing.

Susulan video yang tular, Persatuan Haiwan Malaysia dalam satu kenyataan meminta saksi kejadian supaya tampil melaporkan jenayah keganasan haiwan ini.

“Kucing ini tidak menyusahkan sesiapa. Tidak ganggu sesiapa dan tidak pula membahayakan nyawa mana-mana pihak pun.

“Mengapa dia direjam dengan batu hingga cedera di kepala tanpa salah apa-apa? Kecederaan dialami kucing dilihat agak serius dan kucing jugak dibiarkan menggelinting kesakitan dalam waktu yang lama,” katanya.

Menurut persatuan itu lagi, melakukan keganasan dan kecederaan terhadap kucing dan lain-lain haiwan domestik merupakan jenayah haiwan.

“Mereka boleh dipenjara maksimum tiga tahun dan didenda maksimum RM100,000 jika sabit kesalahan di bawah Akta Kebajikan Haiwan 2015,” tambahnya.

Jelasnya, orang ramai boleh melaporkan mengenai kes jenayah haiwan domestik ke awa.dvs.gov.my dan kes jenayah haiwan liar ke hotline 1-800-88-5151.

pukul kucing 11

Perkembangan terkini mengenai suspek.

Berdasarkan perkembangan terkini pada petang Isnin, Hafiz Qayyum memaklumkan lelaki tersebut telah ditahan polis dan menemui bangkai kucing di rumah suspek.

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*