Pengurus ambil amanah arw4h Adibah Noor, jaga 24 ekor kucing

KEPRIHATINAN netizen terhadap nasib 24 ekor kucing milik penyanyi Allahy4rham Adibah Noor akhirnya ternokhtah apabila haiwan itu bakal diperlihara oleh pengurus arw4h sendiri.

Pengurusnya yang mahu dikenali sebagai Todd berkata, dia banyak menerima mesej dan pertanyaan orang ramai yang menawarkan diri untuk menjaga kucing-kucing tersebut.

Menurut Todd, dia memegang amanah Adibah yang mesra disapa kak Dib agar memintanya untuk menjaga kesemua kucing tersebut selepas Allahy4rham tiada.

“Saya terima banyak mesej cakap nak minta bela kucing-kucing arw4h. Malah ada pihak tawar diri nak jaga kucing arw4h la. Kucing-kucing masih di rumah arw4h kak Dib.

adibah

Adibah mempunyai 24 ekor kucing.

“Arw4h memang dah amanahkan saya untuk menjaga kucingnya. Arw4h kata bila dia tak ada, tolong jaga kucing dia. Ikutkan masa dia masih ada pun, saya jaga juga.

“Jadi, memang tak pernah berniat pun nak bagi kucing-kucing arw4h kepada orang lain. Saya dan kakak arw4h yang akan jaga semuanya,” kata Todd kepada mStar.

Pada Sabtu lalu, industri hiburan dikejutkan dengan berita permegian penyanyi Adibah Noor yang men1nggal dun1a pada pukul 7.40 malam selepas alami ses4k nafas. Allahy4rham juga menghid4p k4nser ov4ri.

Jen4zah dikebumikan di Tanah Perkubvran Islam Taman Keramat Permai, pada Ahad.

Dalam pada itu, Todd memberitahu Adibah sudah menjaga kucing-kucing tersebut sejak haiwan itu kecil dan membelanjakan hampir RM3,000 setiap bulan bagi urusan membeli makanan dan berkaitan dengannya.

Adibah

Adibah jaga kucing sejak mereka kecil.

“Kak Dib memang jaga kucing-kucingnya sejak mereka kecil lagi. Semua kucing itu orang bagi dan ada yang datang sendiri. Tapi tak ada pun penambahan kucing baru.

“Kucing jadi banyak sebab beranak-pinak… itu yang bertambah. Kesemuanya ada 24 ekor dan selalunya arw4h akan membelanjakan wang untuk membeli makanan dan ub4t-ub4tan kucing.

“Arw4h memang seorang yang tidak pernah berkira bila melibatkan kucing-kucingnya,” ujarnya.

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook Koleksi Viral

Sumber : mStar

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*