Hin4 kem4tlan Adibah Noor, akaun FB lelaki bi4d4b terus les4p… tapi netizen sempat k0rek gambar-gambar lama

KEMATIAN penghibur serba boleh Adibah Noor pada Sabtu bukan sahaja ditangisi rakan selebriti, malah turut meruntun emosi hampir seluruh masyarakat negara ini.

Menerusi Facebook, tindakan seorang pemuda yang meninggalkan komen biadab terhadap berita kematian penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu turut menimbulkan kemarahan netizen.

“Sampai ke akhirat hayat tak tutup aurat. Dah tahu wajib tutup aurat tapi tak buat. Sebab kepala batu keras hati.

1628430

Adibah Noor meninggal dunia pada Sabtu.

“Menjawab la dalam kubur. Nauzubillahi min zalik. Moga keturunan aku tiada seperti ini. Selamat menjawab di alam barzakh. Good luck,” tulis pemuda itu menerusi ruangan komen Facebook.

Semakan mStar mendapati akaun Facebook lelaki itu tiada dalam carian, dipercayai telah dinyahakfit selepas teruk dikecam netizen.

Namun, keterlanjuran kata-kata itu bagaikan sudah terlambat untuk ditarik balik apabila tangkap layar (screenshot) komen tersebut dikongsi secara meluas oleh netizen di media sosial.

Komen lelaki itu yang mempertikaikan aurat Allahyarham juga dianggap seperti ‘menepuk air di dulang terpercik ke muda sendiri’ apabila dia sebelum ini pernah berkongsi gambar tidak berbaju yang menampakkan pusat menerusi Facebook.

Difahamkan, netizen sempat menyimpan beberapa keping gambar lelaki itu yang dimuat naik ke Facebook sebelum akaun berkenaan lesap selepas dikecam.

Dalam pada itu, komen biadab lelaki itu turut mendapat perhatian peguam serta aktivis Siti Kassim yang menyifatkan dia sebagai individu berhati bangkai.

“Mamat yang buat komen ni memang hati bangkai. Dia takkan ada keturunan macam Adibah Noor nya.

“Keturunan dia semua bangang macam dia juga. Tak mungkin keturunan dia akan sama dengan level Adibah Noor. Mana mungkin kerbau lahirkan anak singa,” ujar Siti Kassim menerusi Twitter.

Menjengah ke ruangan komen, ramai turut bersetuju dengan Siti Kassim dan menasihatkan lelaki berkenaan atau sesiapa sahaja agar tidak mengambil kerja tuhan.

biadab2

Antara komen netizen di Twitter.

“Haih, ramai sangat jadi Tuhan. Bukan urusan dan hak engkau nak hukum menghukum orang.

“Orang yang dah meninggal tak perlulah diberi komen sebegitu. Itu antara dia dan maha suci Allah.

“Dosa dan pahala kita masih lagi dalam perbicaraan kasih tuhan. Jenis tak relaks mamat FB ni.

“Kita tak payahlah jadi judgemental sangat sampai syurga neraka orang kita nak tentukan,” tulis beberapa netizen.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*