Netizen Kagum Tengok Set Camping ‘Mega’ Betty Rahmad Macam Rumah, Lengkap Tandas Bergerak

Ketika ini, pelakon dan usahawan Betty Rahmad sedang menikm4ti momen-momen percutian sambil berkhemah di tepi pantai bersama keluarganya.

Menerusi hantaran di Instagram, Betty berkongsi sebuah video yang memaparkan peralatan perkhemahan serta perkakasan yang dibawa buat tatapan para pengikutnya.

Malah, dia dan suami juga turut menunjukkan bagaimana mereka mendirikan tapak perkhemahan yang turut dilengkapi ruangan tidur, tempat memasak, tandas dan macam-macam lagi.

Menurut Betty, dia dan suami tidak kisah berhabis untuk membeli peralatan perkhemahan ini kerana menyifatkan ia sebagai pelaburan yang berbaloi.

“Camping setup. One time investment, lifetime happiness. Ramai yang request nak tengok setup dan list barang apa nak bawa untuk camping. Nak list down pun tak mampu guys dah macam bawa rumah haha!

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Betty Rahmad (@bettyrahmad)

“Tapi takpe yang penting bersih dan selesa. Nanti ada lah yang comment itu ini, takpelah kitorang yang bawak dan kitorang yang pack kan.

“Orang kuat saya tentunya suami saya. Semua dia setup sendiri. Dari pergi sampai balik. Dalam video ni jelah nampak i buat-buat tolong dia pasang khemah sebagai content. Selalu I mampu tolong setup dalam khemah je,” tulisnya.

Dalam pada itu, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut menyifatkan aktiviti berkhemah ini banyak mengajarkan untuk sentiasa mensyukuri kehidupan dan kurniaan Allah SWT.

“One thing yang i suka bila camping, rasa macam back to basic life. Tenang. Happy dan ready dalam keadaan apa sekalipun.

“Lain dari bercuti dekat hotel 5 bintang. Syukur dan kagum dengan nikmat Allah.

“Tapi benda paling penting korang kena ada is suami yang pandai pasang khemah dan pandai semua benda. Kalau takde takpe, carilah tempat yang boleh sewa khemah dah siap ok,” ujarnya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum  selepas melihat perkongsian tersebut selian turut mendoa semoga keluarga ini akan kekal hingga ke akhir hayat.

“Suka dengan set up awak ni sis.

“Priceless betul momen macam ni.Back to basic.

“Ermmmm addict ke tu. Champing ni kalau dah mula, memang syok tapi kena rajin mengemas.

“Memang betul sangat. Beli skali je, lepastu boleh holiday tiap mggu paling best macam duduk 5 star hotel.

“Wahhh bestnya. Tenang je kat tepi pantai. Teruskn buat video. Saya suka tengok video Betty best,” antara komen-komen di Instagram.

Komen Netizen:

 

 

 

 

Sumber & Kredit Foto: Instagram Betty Rahmad

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*