“Dulu bagi pen ngan coklat”- Anak murid bagi hadiah Termos Starbucks buatkan cikgu ‘tergamam’

 

Meskipun sambutan hari guru telah berlalu baru-baru ini namun kemeriahan para guru disambut oleh anak-anak murid masih terasa apabila cikgu dihargai anak didikan mereka. Malah pemberian hadiah juga tidak terkecuali daripada berterusan dilakukan anak-anak murid kepada cikgu mereka.

Walau bagaimanapun, seorang cikgu ini pula berkongsikan perbezaan hadiah pada zaman dahulu dan sekarang yang sememangnya agak ketara diberi oleh anak-anak murid dahulu dan kini.

Mungkin kerana zaman yang semakin moden dan berkembang membuatkan cikgu ini masih ingat dizaman menjadi anak murid dahulu dimana disaat sambutan hari guru kebanyakannya akan memberi pen dan coklat sahaja.

Melalui perkongsian cikgu lelaki ini, dia akhirnya membuka hadiah sempena hari guru daripada anak murid namun dia juga turut terkejut melihat isinya adalah satu Termos Starbucks sehingga membuatkan netizen yang melihatnya juga terhibur dan berkata, “Hahaha, another level.”

Pautan Video

Perkongsian video tersebut oleh pemilik akaun bernama, Asyraafmax itu mendapat perhatian ramai sekali gus mencetuskan ada yang menggamit memori ketika zaman sekolah dahulu dan kapsyen yang ditulis pula, “Mewah noo budak budak sekarang bagi hadiah dekat cikgu, kita dulu pen dengan coklat je.” 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*