Elisya Sandha & Suami Bakal Timang ‘Baby Girl’

Pelakon Elisya Sandha teruja dan bersyukur apabila mendedahkan dia bakal melahirkan bayi perempuan dan dijangka bersalin 16 Jun depan.

Elisya, 23, atau nama sebenarnya Nur Elisya Sandha Hassan berkata, sepanjang tempoh kehamilan dia mempersiapkan diri dengan membaca buku mengenai keibubapaan dan penyusuan ibu.

“Kalau boleh nak bersalin normal, tapi kalau ditakdirkan kena menjalani proses pembedahan saya tak kisah. Apa yang penting bayi keluar dengan selamat.

“Sekarang ini usia kandungan sudah mencecah 36 minggu. Dari segi persediaan dan kebimbangan sebagai ibu muda, sebenarnya saya dan suami ‘go with flow’ saja. Untuk anak pertama memang tak nak merancang.

“Persiapan saya banyak baca buku, macam mana nak menjadi ibu bapa, macam mana nak susukan anak. Sebab ini pengalaman pertama, jadi tak tahu apa-apa. Banyak kena belajar,” katanya.

Terdahulu Elisya dan suami, Uzair Haqimy, 26, mengadakan majlis ‘baby shower’ sekaligus berkongsi jantina bayi dalam kandungan.

Sementara itu, Haq yang juga anak kepada pelakon dan penerbit Sheila Rusly menambah, dia sudah bersedia menjadi bapa selain berasa gementar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by uzair haqimy (@uzairhaqimy69)

“Perasaan sekarang adalah gementar sikit sebab saya tahu situasi yang bakal dilalui isteri, bertarung nyawa dan akan banyak darah.

“Bapa saya sendiri pun sudah pesan kena ada di sisi isteri ketika dia bersalin. Sebab dia cakap, kalau ada niat buruk saya kena ingat semula pengorbanan isteri bertarung nyawa ketika bersalin. Dalam masa sama saya sudah bersedia menjadi bapa,” katanya.

Elisya dan Haq berkahwin pada 21 Ogos tahun lalu.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*