Sharifah Sakinah fikir banyak perkara sebelum tambah zuriat, bukan semata-mata nak anak ‘cantik’ berdarah kacukan

 

PELAKON Sharifah Sakinah mengakui sering menerima pertanyaan mengenai perancangan untuk menambah cahaya mata selepas berkahwin dengan jejaka Sweden, Michael Hansen.

Menghormati pertanyaan berhubung soal zuriat itu, Sakinah atau Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired, 33, berkata dia dan suaminya sudah mempunyai perancangan tersendiri sebelum menambah anak.

“Saya sering ditanya tiada perancangan tambah anak ke? Kalau ada anak nanti pasti comel dan cantik. Adakah anak kami yang sedia ada ini tidak cantik atau comel?

Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah mempunyai seorang anak perempuan.

“Dia juga ada kecantikan tersendiri. Jadi, saya sekadar tersenyum apabila ada yang bertanya mengenai perancangan zuriat kerana saya memahami dan menghormati budaya kita.

“Jadi sudah tentu saya dan suami ada merancang sebelum menambah anak,” kata Sakinah.

Tambahnya, perancangan untuk menambah zuriat bukan sekadar menghasilkan anak kacukan semata-mata sebaliknya perlu meneliti pelbagai aspek lain.

Sekitar Februari lalu, Sakinah mengumumkan sudah mendirikan rumah tangga dengan kekasih ‘mat salih’ pilihannya namun enggan berkongsi lanjut mengenai perkahwinannya itu atas faktor peribadi.

Untuk rekod, Sakinah pernah berkahwin dengan juruterbang bernama Aliff Adha pada 2015 namun hubungan mereka terlerai selepas disahkan bercerai pada Mei 2020.

Sharifah Sakinah

Sharifah Sakinah berjauhan dengan suaminya.

Hasil perkahwinan, Sakinah mempunyai seorang cahaya mata perempuan bernama Anais Adha yang kini berusia lima tahun.

Menjalani perkahwinan jarak jarah, Sakinah memberitahu fokusnya kini adalah untuk membesarkan cahaya mata hasil perkahwinan terdahulu berbanding menambah zuriat.

“Apatah lagi, saya dan suami tinggal berjauhan dan fokus ketika ini adalah pendidikan anak.

“Banyak yang perlu dipertimbangkan sebelum membuatkan keputusan menambah cahaya mata,” ujarnya.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*