Jihan Muse Bawa Kerusi Oren Naik Pentas AME2021. Ramai Puji Bila Tahu Tujuan Sebenar Dia

Malam tadi telah berlangsungnya pentas Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dengan tagline anugerah itu iaitu #YangFreshYangLegend.

Trofi utama bagi AME2021 iaitu Top Top MeleTOP telah dimenangi oleh Khai Bahar (kategori lelaki) Shiha Zikir (kategori perempuan). Sementara itu, seperti yang dijangka peminat, kumpulan Dolla pula meraih anugerah pertama mereka bagi kategori grup/duo.

Bermacam-macam aksi dan juga gelagat di pentas AME2021 yang dikongsikan oleh peminat di media sosial masing-masing, namun satu klip dari TikTok MeleTOP sendiri @mymeletop mencuri perhatian min lagi-lagi melibatkan Jihan Muse!

“See her level! Sampai bawak kerusi oren!”

Pautan Video

Jihan Muse yang juga merupakan salah seorang pengacara bagi pentas AME2021 bersama dengan Nabil Ahmad dan juga Sherry Al-Hadad berjaya membawa pulang anugerah bagi kategori Personaliti TV MeleTOP menerusi penampilannya dalam Gegar Vaganza musim ketujuh.

Tahniah diucapkan!

Tapi, apa yang mencuri tumpuan min dan juga orang ramai adalah apabila Jihan Muse bertindak membawa naik kerusi oren bers4m4nya untuk ke atas pentas. Aksinya itu telah mengundang pujian orang ramai sebab…

“Dia bawak kerusi naik sebab nak elak pegang pengiring lelaki tu. Yelah, bukan mahram kan…” – Komen netizen

Jihan FullSumber: TikTok

Jihan Muse yang juga isteri kepada pelakon Ungku Hariz kini difahamkan sedang hamil anak kedua selepas empat tahun menimang cahaya mata sulung iaitu Ungku Arsalam Haq. Tahniah diucapkan sekali lagi untuk Jihan!

Jihan Muse hamil enam bulan, dapat tahu mengandung anak kedua ketika dij4ngkiti C0 vid-19

BERKALI-KALI diusik sedang berbadan dua, pengacara Jihan Muse akhirnya membuka mulut berkongsi berita gembira dirinya kini sedang hamil anak kedua dan usia kandungan sudah memasuki enam bulan.

Jihan atau nama sebenarnya Nur Jihan Musa, 39, memberitahu dia mendapat tahu tentang kehamilan tersebut selepas melakukan ujian saringan C0 vid-19 untuk bertugas sebagai pengacara Anugerah Meletop Era 2021 (AME2021) yang sepatutnya diadakan pada Januari lalu.

Gara-gara dij4ngkiti C0 vid-19 ketika itu, dia terpaksa dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh untuk tujuan pemantauan.

“Masa saya buat ujian saringan dapat tahu dua positif. Satu p0sitif C0 vid-19 dan satu lagi saya sudah hamil. Disebabkan itu saya dimasukkan ke hospital.

“Syukur saya tidak mengalami sebarang simptom yang teruk. Tetapi ketika berada di wad ibu mengandung saya melihat ramai yang lebih teruk. Berada di hospital selama 10 hari mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan,” katanya kepada mStar.

Jihan bersama suami dan anak mereka.

Tidak berkongsi tentang berita kehamilan tersebut kepada umum, kata Jihan dia mengikut nasihat keluarga supaya tidak bercakap hal tersebut di awal kehamilan.

Tambahan pula dirinya ketika itu sedang dijangkiti cov1d-19 membuatkan Jihan tidak membuat sebarang pengumuman.

“Saya ikut nasihat keluarga supaya tidak berkongsi berita kehamilan terlalu awal kerana belum pasti apa akan terjadi. Tambahan pula dijangkiti cov1d-19 lagilah membuatkan saya tidak mahu berkongsi.

Berada di hospital selama sepuluh hari mengajar saya untuk lebih menghargai kehidupan

“Sebenarnya saya malu nak umumkan sedang hamil,” jelasnya.

Jihan yang ditemui selepas acara AME2021 yang berlangsung di Putrajaya pada malam Ahad turut meluahkan perasaan gembira dengan kehamilan kali kedua ini.

Hanya mengalami alahan teruk pada tiga bulan awal, Jihan juga memberitahu dia mengetahui jantina bayi dalam kandungan itu dan mahu menjadikan satu kejutan.

Dalam masa sama kemenangan dalam kategori Personaliti TV Meletop dianggap sebagai rezeki anak dan tanda sokongan peminat.

“Saya dan suami gembira serta bersyukur kerana kami memang mahukan anak lagi. Usia anak pertama juga sudah empat tahun. Jadi rasanya ini masa terbaik nak tambah anak.

“Tiga bulan pertama memang mabuk teruk. Disebabkan faktor usia juga saya sering rasa letih dalam tempoh hamil kali ini.

“Kemenangan di AME2021 saya anggap sebagai rezeki anak. Ini juga adalah tanda sokongan peminat yang banyak kali mahu saya menang,” ujarnya.

Untuk rekod Jihan mendirikan rumah tangga dengan pelakon Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan mereka sudah dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq, 4 tahun.

Korang rasa anak kedua Jihan ni baby girl ke baby boy?

kredit: mstar

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber :  http://trendingsangat.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*