Konon T0lak Isteri J4tvh Bot, Aeril Zafrel Dikatakan P3rsenda Kemati4n Tangm0?

 

Jika anda mengikuti Instagram Aeril Zafrel dan Wawa Zainal, pasangan selebriti itu kini berada di Thailand bercuti bersama kakitangan Wawa Cosmetics.

Menerusi TikTok, Aeril ada berkongsikan video bersama Wawa menaiki bot menyusuri sungai yang dikelilingi panorama kehijauan dengan berlatar belakangkan sebuah lagu Thailand.

Pada pertengahan video tersebut, Aeril dilihat seolah-olah menolak Wawa ke dalam sungai. Seperti sudah disangka, video tersebut menimbulkan rasa kurang senang netizen.

Di laman Twitter, ada beberapa netizen mendakwa aktor itu seolah mempersendakan kematian aktres Thailand, Tangmo Nida yang menggemparkan media sosial berapa bulan lalu.

 

 

Malah, netizen turut mengecam tindakan Aeril itu serta menyifatkan ianya sangat biadab serta menyelar bahawa ianya bukan perkara lawak.

Mungkin sedar perkongaiannya itu dikecam teruk oleh netizen, video tersebut dilihat sudah tiada di akaun TikTok Aeril dipercayai telah dipadam.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*