“Dah lapan bulan ni kan, ada pengganti?” – P4ksa Shuib kahw1n lagi secara ‘live’, Rosyam Nor ditegur netizen

PETALING JAYA – Ekoran keceloparan mulutnya yang disifatkan tidak sensitif berhubung status duda pelawak Shuib pada siaran langsung Anugerah Meletop Era 2022 (AME2022) malam tadi, pelakon Datuk Rosyam Nor menerima kec4man hebat netizen.

Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin yang bertindak sebagai penyampai anugerah bersama dilihat melakukan provokasi sepertinya mem4ksa Shuib, 38, untuk menamatkan status duda sekali gus menimbulkan situasi kurang menyenangkan di atas pentas.

Sementara itu, ada dalam kalangan netizen yang menyifatkan perbuatan Rosyam, 55, sebagai bi4dap.

“Tidak berniat untuk tidak menghormati Rosyam Nor tetapi dia b1adap atau bagaimana? Kasihan Shuib kena jawab dan terpaksa senyum. Ingat kelakar ke? Tolonglah matang sikit,” coret seorang netizen.

Malam tadi, disebabkan acap kali diasak soalan tentang status duda, diminta ‘move on’ dan mencari pengganti isterinya, Allahyarham Siti Sarah, Shuib secara spontan berkata: “Kau apa hal? Lu ingat lu gangster ke?”

VIDEO:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by MeleTOP (@meletop)

Bagaimanapun, barangkali untuk meredakan suasana tegang, Shuib atau nama lengkapnya, Shahmira Muhammad menerangkan, bahawa dia hanya berseloroh atau berlakon di atas pentas.

Kehidupan Shuib bersama empat anaknya sering menjadi perhatian umum selepas Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu akibat jangkitan C0v1d-19.

 

 

 

Sumber: KOSMO! ONLINE

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber :http://trendinggiler.pw/

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*