Pekin dan Mona Allen Umum Bakal Timang Cahaya Mata Sulung

EMPAT tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya pasangan selebriti Pekin Ibrahim dan isterinya aktres Mona Allen bakal menimang cahaya mata pertama.

Ketika usia kandungan sudah mencecah enam bulan, Mona, 37, berkata dia tidak pernah merahsiakan kehamilannya namun memilih untuk tidak mengumumkan selagi belum tiba masa sesuai.

Menurut pemilik nama Munna Hafiraneza Allen ini, pada awalnya dia dan suami mahu berkongsi berita gembira itu selepas kandungan mencecah tujuh bulan.

Mona Allen

Mona dan Pekin bakal timang cahaya mata pertama.

“Alhamdulillah… kandungan dah masuk enam bulan. Sebenarnya kami bukanlah sorok atau merahsiakan kehamilan. Tapi sekadar tak umum saja.

“Ikutkan ada saja video atau gambar yang memperlihatkan ‘baby bump’. Cuma kami memilih untuk umum selepas kandungan dah kuat dalam enam atau tujuh bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Mona Allen🌙 (@mona.allen)

“Rancang nak umum masa kandungan cecah tujuh bulan tapi sebabkan ramai yang dah bertanya sebab dah viral, jadi kami umum saja,” katanya kepada mStar.

Sebelum ini, Mona memuat naik foto bersama suami dan memperlihatkan dia sedang memegang perut di Instagram miliknya.

Rata-rata peminat dan rakan selebriti mengucapkan tahniah kepada pasangan itu serta mendoakan segala urusan mereka dipermudahkan.

Mendedahkan usaha untuk hamil atau Trying to Conceive (TTC), pelakon drama Love Elsa ini memberitahu dia dan suaminya pernah melakukan rawatan dengan pengamal perubatan Islam di Melaka.

“Sebenarnya saya dan suami ada berubat dengan seorang ustaz menggunakan kaedah perubatan Islam untuk ikhtiar hamil.

“Kebetulan ada shooting di Melaka, kawan pun beri cadangan untuk jumpa ustaz di sana. Alhamdulillah, dalam ikhtiar untuk dapatkan anak saya hamil selepas kali ketiga minum air kelapa muda bakar yang disertakan doa.

Mona Allen

Mona dedah Pekin alami alahan.

“Sebelum ini, kami ada juga buat pemeriksaan doktor dan doktor beritahu saya dan suami tiada masalah kesihatan lain. Itu yang ambil keputusan untuk cuba perubatan Islam pula,” ujarnya.

Sementara itu, Mona turut memberitahu suaminya mengalami alahan seperti mual, muntah dan mengidam sejak awal kehamilan.

“Saya tak ada alami alahan sepanjang hamil ini tapi Pekin pula kena tempias alahan. Masa bulan pertama itu, dia mual, muntah dan mengidam macam-macam.

“Sekarang pun, ada masa dia rasa mual-mual juga. Tapi tak selalu. Saya ada baca dekat online, katanya kalau lelaki yang kena alahan maksudnya dia suami penyayang,” katanya.

Untuk rekod, Mona mendirikan rumah tangga dengan Pekin atau nama sebenarnya Mohd Iznan Ibrahim pada 7 Disember 2018.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*