Teringin Nasi Ayam, Suami Sanggup Redah Perjalanan Lebih 400KM Bawa Isteri Ke Kedai Yang Dihajati

PETALING JAYA – Demi cinta dan kasihnya pada isteri, seorang lelaki sanggup menempuh perjalanan sejauh 440 kilometer (km) dari Alor Setar, Kedah ke Shah Alam, Selangor demi menunaikan permintaan isteri yang mahu makan nasi ayam.

Menerusi perkongsian Nabilothmancwl di media sosial, dia tidak sampai hati untuk menolak permintaan berkenaan biarpun lokasinya sangat jauh.

Katanya, wanita yang dikasihinya itu teringin makan nasi ayam di sebuah kedai yang berhampiran dengan tempat belajarnya meskipun kini mereka menetap di Kedah.

Pautan Video

Menurutnya, rasa hidangan itu masih sama, saling tak tumpah sewaktu zaman belajar dahulu.

Tindakan lelaki itu turut dipuji oleh rata-rata netizen di media sosial.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*