‘Kelas pagi ini sangat sayu’

KUALA LUMPUR : “Kelas pagi ini sangat sayu kerana kawan-kawan masih terkejut dengan pemergian sahabat mereka dalam kemalangan awal pagi sebelum Terowong Menora.”

Itu antara hantaran yang tular dan dikongsi ramai di media sosial termasuk Facebook (FB) susulan nahas mengorbankan lima pelajar Universiti Sultan Azlan Shah (Usas) di Kilometer (Km) 246 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) arah utara di Ipoh, tengah malam tadi.

“Mak ayah Allahyarham masing-masing berkejar dari Johor, Terengganu dan Selangor untuk mengecam mayat anak-anak mereka kerana mereka semua rentung dalam kemalangan. Al-Fatihah,” demikian menurut perkongsian berkenaan.

Mangsa yang rentung dalam nahas itu adalah :

Muhammad Nasrun Aidol Munir Akbar, 22, dari Kuala Kubu Bharu, Selangor; (Sarjana Muda Pengajian Islam)

Ahmad Naim Najmi Ahmad Hafizan, 21, dari Chukai Terengganu; (Sarjana Muda Kaunseling)

Iqbal Hasnun Halimi, 23, dari Senai, Johor; (Sarjana Muda Pengajian Islam)

Muhammad Nabil Haikal Muhammad Fariz, 19, dari Batu Caves, Selangor (Diploma Pentadbiran Perniagaan) dan,

Ahmad Akmal Ahmad Mokhlis, 20, dari Parit Buntar, Perak. (Diploma Kaunseling Islami)

 

“Al-Fatihah. Moga Allah limpahkan kesabaran dan ketabahan kepada ahli keluarga. Moga Allah berikan rahmat dan keredaan kepada kehidupan mereka dunia dan akhirat,” menurut catatan itu lagi.

Semua pelajar itu difahamkan sedang keluar kawasan atau ‘outing’ ke Ipoh menaiki kereta yang disewa memandangkan tiada kelas pembelajaran semalam.

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber: Sumber

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*