Umrah kembali dibenarkan bermula 4 Oktober

Berita baik buat seluruh umat Islam!
Arab Saudi dalam satu kenyataan membenarkan kembali jemaah menunaikan umrah secara berperingkat untuk sepanjang tahun, mulai 4 Oktober selepas tujuh bulan ditangguhkan berikutan p4ndemik C0VID-19.

Dalam satu kenyataan Kementerian Dalam Negeri yang diterbitkan Saudi Press Agency, sebagai permulaan kira-kira 6,000 warga dan penduduknya dibenarkan menunaikan umrah setiap hari bermula tarikh berkenaan.

Jemaah dari luar pula akan dibenarkan menunaikan ibadat itu mulai 1 November dengan kapasiti hingga 20,000 orang setiap hari.

Umrah merujuk kepada ziarah umat Islam ke Makkah dilakukan pada bila-bila masa sepanjang tahun yang menarik berjuta-juta Muslim dari seluruh dunia setiap tahun.

Kata kementerian itu lagi, ibadat itu dibenarkan dilaksanakan semula sepenuhnya selepas C0VID-19 pulih.

Arab Saudi menanggvhkan umrah dan mengehadkan kapasiti haji tahunan sejak Mac lalu sebagai langkah berjaga-jaga.

Ziarah itu menimbulkan tumpuan l0gistik besar-besaran berikutan jemaah yang ramai di tempat suci menjadikan jemaahnya berhadapan dengan penvlaran jangkiitan.

Katanya, langkah membenarkan semula umrah adalah sebagai tindak balas kepada ‘aspirasi umat Islam di dalam dan luar negara’ untuk melakukan ibadat terbabit serta menziarahi kota sucinya.

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*