Nak beli barang kemas rupanya kena ikut warna urat nadi, barulah naik seri!

Wanita dan barang kemas memang sukar dipisahkan. Malahan perhiasan barangan kemas ini dikatakan mampu menaikkan seri wajah si pemilik nya.

Sejak akhir-akhir ini trend memakai barang kemas semakin menjadi-jadi. Tiba-tiba nama ‘Pulut Dakap’ , ‘Biskut Tawar’ dan macam-macam lagilah menjadi sebutan dan bermain di bibir penggemar barangan kemas.

 

Jika dulu emas kuning menjadi pilihan wanita yang lebih berusia mungkin kerana nilainya yang tinggi dan kini wanita muda juga semakin meminati emas.

Mungkin sebagai pelaburan jangka panjang atau mungkin rekaan barangan kemas kini yang mengikut peredaran semasa.

Sebenarnya pemilihan barang kemas ada caranya.

Tak sangka warna urat kita merupakan cara yang tepat untuk memilih barangan kemas. Patutlah kadang-kadang tengok sesetengah orang pakai barangan kemas cantik saja dan ada tu pula  pakai tapi tak naik seri langsung! Maaf cakaplah ya.

Jadi jom kita semak barang kemas macam mana yang sesuai.

PERIKSA WARNA URAT

Bawah cahaya matahari, tengok warna urat pada pergelangan tangan.

Jika nadi berwarna biru, bermakna anda memiliki jenis kulit sejuk.

Jika urat berwarna hijau pula anda memiliki tona kulit panas. Jika keliru kerana kadang-kala urat anda kelihatan hijau dan kadang-kala berwarna biru? Itu bermakna anda neutral!

Kulit tona sejuk = Barang kemas perak (silver/emas putih)

Kulit tona p4anas = Barang kemas asli (emas kuning)

Neutral = Bertuah! Sesuai sama ada memakai barang kemas rona perak mahupun emas kuning.

Ok..sekarang dah tau,kan? Jangan silap beli ya.

 

 

 

Sumber: N0na

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*