Malag nasib Mowgli Malaysia, 25 ekor kerbau tumbang tiba-tiba

Sebanyak 25 ekor kerbau ternakan Pak Khamis, yang juga bapa kepada adik Muhammad Syukur Khamis (Mowgli Malaysia), dilaporkan m4ti secara tiba-tiba.

Berita itu disampaikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dr Zulkifli Albakri menerusi Instagramnya baru sebentar tadi.

“Pagi ini menerima berita kem4tian tiba-tiba 25 ekor kerbau Pak Khamis di Kampung Banggol Katong, Kuala Terengganu.

“Kepada anakanda Syukor sekeluarga, banyakkan bersabar. Saya dimaklumkan, Syukor dan Pak Khamis amat sedih sekarang,” katanya.

Khabar berita itu membuatkan netizen turut melahirkan rasa simpati terhadap keluarga Syukor yang selama ini telah bersusah payah membesarkan haiwan ternakan itu.

Punca kem4tian 25 ekor kerbau masih belum dikenalpasti.Walau ada netizen yang membuat pelbagai spekvlasi, adalah baik untuk tidak menulvduh sesiapa-siapa dan serahkan kepada pihak berkuasa atau Pak Khamis sendiri untuk menyiasatnya.

 

 

 

Sumber: IG Dr Zulkifli Albakri via TheReporter

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*