Jari tersepit hampir putus

Nyaris tak putus! Seorang pekerja pusat penjagaan kesihatan dan kecantikan di Jelutong, di sini, hampir putus dua jari apabila jari berkenaan tersepit pada pintu kaca automatik premis itu, hari ini.

Walaupun jarinya tidak putus, wanita yang berusia 23 tahun itu mengalami kec3ederaan pada jari telunjuk dan jari hantu tangan kirinya.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Peny3lamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecem4san pada 1.10 tengah hari.

Katanya, anggota Balai Bomba dan Penyel4mat (BBP) Jalan Perak bergegas ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan.

“Ketika tiba di lokasi, didapati dua jari wanita terbabit tersepit pada pintu kaca automatik premis itu.

“Dua jari pada tangan kiri mangsa mengalami keced3raan dan diberi ra4watan awal oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecem4san (EMRS),” katanya.

Katanya, m4ngsa dibawa ke H0spital Pulau Pinang (HPP) bagi menerima r4watan selanjutnya.

 

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*