Tak perlu kuarantin untuk yang balik dari Sabah

Tak perlu kuarantin! Itu pengesahan yang diberikan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, bahawa individu yang pulang ke Semenanjung atau Sarawak, dari Sabah tidak akan dikuarantin.

Ismail Sabri berkata ia adalah berita palsu dan jika hal sedemikian akan dilakukan, beliau sendiri yang akan mengumumkannya.

“Itu berita palsu. Tidak ada konon-kononnya saya, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengatakan bahawa yang balik dari Sabah ke Semenanjung akan dikuarantin.

“Tidak betul dan pergerakan dari Sabah ke Semenanjung masih bebas seperti dahulu.

“Kalau ada pengumuman mengenai kawalan, saya yang akan buat. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pun saya yang buat pengumuman,” katanya selepas merasmikan Jentera Barisan Nasional Libaran sempena PRN Sabah Ke-16 di Markas UMNO BN di Bandar Labuk Jaya, Sandakan, hari ini.

Terdahulu, tvlar di media s0sial kononnya individu yang pulang dari Sabah ke Semenanjung atau Sarawak akan dikuarantin. Ia termasuk mereka yang bertugas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Ismail Sabri berkata, berdasarkan situasi semasa COVID-19 di Sabah, banyak pihak yang membuat rumusan seolah-olah Tawau dan Lahad Datu berada dalam keadaan berb4haya yang menyebabkan orang ramai takut untuk keluar rumah.

“Jadi saya nak maklumkan bahawa apabila kita tutup penjara berkenaan atau membuat Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Tawau, kita membuat saringan kepada semua yang berada di Penjara termasuk pegawai penjara dan keluarga mereka.

“Jadi apabila kita membuat saringan, keputusannya keluar dalam masa dua tiga hari. Jadi mungkin kita nampak peningkatan yang tinggi tetapi ia berlaku dalam penjara itu,” katanya.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*