Lebih 20 tahun menetap di London, ini rupanya pekerjaan Jaja Msteen

Sekitar tahun 90an industri muzik tanah air begitu meriah dengan kehadiran boyband dan girlband. Girlband seperti kumpulan Elite, Feminin, Res2 dan Freshie bukan suatu nama yang asing dalam industri seni ketika itu.

Kumpulan M’Steen yang terdiri daripada 5 anggota kumpulan iaitu Intan, Diela, Jaja, Shankey dan allahy4rham Meyra juga tidak terkecuali dengan zaman gemilang  mereka  ketika itu.

Menjejaki Jaja M’Steen atau nama sebenarnya Syirin Syafiza Said yang kini menetap di Kota London bersama keluarga tersayang begitu istimewa.

Rupanya dalam diam sudah 24 tahun Jaja M’Steen berhijrah ke Kota London yang pada mulanya untuk melanjutkan pelajaran di sana.

Jaja mendirikan  rumahtangga dengan seorang berbangsa Caucasian, Lee Gaze. Pasangan sama cantik ini dikurniakan 2 orang anak lelaki, Daniyal, 11 tahun dan Zachy, 10 tahun.

 

Dalam kesibukannya menggalas tugas sebagai isteri dan ibu, Jaja tetap aktif sebagai pelakon, model dan pegawai komunikasi korporat. Bukan itu sahaja, Jaja rupanya turut mennyertai sukarelawan badan kebajikan di London.

Bercerita tentang penglibatan wanita cantik ini tentang aktiviti kemanusiaan, “Sebenarnya memang dah lama saya bergiat aktif menjalankan aktiviti kemanusian. Di tempat kerja, saya salah seorang komiti yang bertanggungjawab mengeratkan dan menjalinkan hubungan yang bermanfaat dengan badan-badan kebajikan di London,” tutur Jaja M’Steen tentang penglibatan awalnya sebagai sukarelawan.

Jaja M’Steen juga telah membuka perniagaan berasaskan makanan Melayu bersama rakan kongsi di London. “Semasa penularan p4ndemik C0VID-19 ini, saya dan rakan perniagaan di Malaysian Supper Club telah menyumbangkan sejumlah makanan kepada mereka yang tiada tempat tinggal.

Saya juga merupakan sukarelawan untuk Food Bank di kawasan tempat tinggal saya. Alhamdullilah, ramai yang sudi membantu menyumbangkan makanan kepada mereka yang mengalami kesvkaran akibat C0VID-19 dan juga kepada keluarga-keluarga miskin di sini,” terang Jaja M’Steen ini panjang lebar.

Wanita ini juga mempunyai jiwa yang murni dan sanggup menolong orang dalam apa cara sekalipun. “Saya juga pernah menolong seorang insan yang tinggal di tepi jalan dengan mencarikan beliau kerja dan tempat tinggal.

Alhamdullillah rezeki dan tenaga Allah SWT anugerahkan ini boleh gunakan untuk menolong mereka yang berada dalam kesvsahan,” ujar wanita kelahiran Kuala Lumpur ini.


Bila ditanya tentang perasaan rindunya dengan kegiatan seni di Malaysia, jawabnya jujur, “Rindu sangat tapi belum ada yang memberikan peluang untuk saya sambung di dalam dunia seni. Saya juga masih berhubung dengan ahli kumpulan yang lain dan kami memang rapat.

Saya sayang semua kawan seumur hidup, Shankey, Dilla dan Intan. Semasa saya pulang ke Malaysia pada bulan Feb lalu, mereka ada datang berkunjung ke rumah saya,” kata Jaja M’Steen mengakhiri perbualan.

 

 

 

Sumber:N0na

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*