Siapa boleh lupa adegan seorang pemuda menggosok gigi ikan untuk dimasak dalam filem Sikit Punya Gila.
Walaupun telah berpuluh tahun, watak itu seakan sinonim dengan pelawak veteran Pak Hamid Gurkha.
Kini dalam usia 87tahun, Pak Hamid kini sudah tidak aktif berlakon namun dia gembira dapat menghabiskan masa bersama keluarga.
Menurut Pak Hamid atau nama sebenar Abdul Hamid Abdul Rahman, 87, dia banyak membantu isterinya Timah Abdul Hamid dalam melakukan kerja rumah.
“Di rumah saya tak lakukan apa-apa, hanya tolong isteri basuh, jemur serta lipat kain.

“Banyak masa main dengan cucu-cucu… mereka la jadi penghibur, ” ujarnya lagi .
Berkongsi mengenai rahsia kekal sihat, pak Hamid berkata sejak berusia 40 tahun dia mula menjaga permakanannya bagi menjaga kesihatan.
“Umur 40 tahun saya berhenti makan makanan laut, sayur saya hanya makan terung, bendi dan bayam.
“Saya juga menjaga solat dan berdoa minta pada Allah untuk dipanjangkan usia, ” katanya.

Aktiviti seni Pak Hamid bermula ketika menyertai Pertandingan Bintang Radio RTM pada 1965 dan merangkul tempat pertama.
Hamid Gurkha kemudian mula mencipta nama sebagai pelakon melalui filem Panglima Badol pada 1978.
Sepanjang penglibatannya dalam bidang seni, Pak Hamid pernah membawa pulang trofi Artis Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ketiga pada tahun 1982.
Semoga Pak Hamid sentiasa sihat dan ceria di samping keluarga tersayang.
Sumber:mstar
Leave a Reply