Penampilan Neelofa berstokin dipuji netizen

Haa…perasan tak,sejak kebelakangan ini, penampilan pelakon, pengacara dan usahawan, Noor Neelofa maju setapak lagi kehadapan apabila dia mula mengenakan sarung kaki atau stokin di dalam setiap penampilannya.

Perkembangan itu dilihat menerusi kebanyakan perkongsian foto outfit of the day (OOTD) yang dimuat naik figura asal Kelantan ini.

“Maximises comfort and keeps your look polished. @naelofar #GoNaelofar #NaelofarRTW,” tulis aktres cantik itu menerusi satu hantaran IG yang memuat naik beberapa keping gambarnya.

Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya memuji penampilan pengacara ‘Next To Neelofa’ ini yang dilihat mengenakan stoking bila mana mengenakan seluar paras buku lali.

Sementara itu menerusi salah-satu komen daripada posting sama, Neelofa turut dilihat memberikan reaksi ringkas terhadap perkara tersebut. Sehingga kini, foto tersebut telah menerima lebih 200,000 tanda suka daripada pengguna Instagram.

 

Ada juga yang ingin berstokin kerana melihat artis kesayangan mereka mula berubah ke arah yang lebih baik.

 

Posting sebelum ini juga telah menampakkan penampilan Neelofa berstokin namun mungkin tidak disedari netizen.

 

Semoga Neelofa istiqamah dalam berpakaian menurut syariat Islam. Insya Allah.

 

 

Sumber:myartis

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*