Kekok rasa nikmat dunia setelah 20 tahun terkvrung

Seperti dari alam lain.
Sesat, tidak tahu menggunakan telefon pintar, itu antara pengalaman baru yang dilalui bekas bandvan kumpulan Al-Ma’vnah selepas melangkah keluar dari tirai besi pada 17 Ogos lalu setelah mendapat pengampvunan Yang di-Pertuan Agong sempena Hari Kebangsaan ke-63.

Terpenj4ra di sebalik tembok tinggi selama 20 tahun yang memisahkannya dengan dunia luar, bekas bandvan itu yang hanya mahu dikenali sebagai Ahmad, 49, mengakui terkejut dengan keadaan semasa, terutama di kampungnya yang disifatkan jauh berbeza berbanding 20 tahun lalu sehingga kan cahaya terang matahari juga mengganggu penglihatannya lantaran sudah terbiasa dengan suasana kelam dan suram di penjara!

“Bayangkan daripada kawasan hutan pada 20 tahun lalu, kini dipenuhi rumah. Saya nak bawa motosikal pun rasa takut sebab banyak betul kereta dan lori atas jalan. Bukan macam dulu… televisyen sekarang pun banyak yang dah ‘kurus’ (skrin nipis). Motosikal pun dah canggih tak perlu dihidupkan guna kaki.

“Apa yang membuatkan saya tersenyum tentunya melihat betapa ramainya anak saudara… sampai hari ini saya masih ragu-ragu dengan jumlahnya. Mungkin lebih daripada 15 orang sedangkan ketika saya tinggalkan keluarga, hanya ada lima orang sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama, di sini.

Ahmad, yang sepatutnya menjalani hukuman penjara sepanjang hayat, adalah antara 13 bekas ahli kumpulan Al-Ma’vnah yang dibe3baskan awal susulan pengampvnan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Hari Kebangsaan ke-63.

Ahmad telah dimasukkan ke Pejara Sungai Buloh seketika pada tahun 2000 sebelum ke Kajang selama lapan tahun, kemudiannya dipindahkan ke Pejara Marang selama 12 tahun, sejak 2008, dan akhirnya ada 17 Ogos lalu, dia telah dibebaskan.

Mengimbas kembali detik pembebasannya, Ahmad berkata pada 16 Ogos, dia dipanggil oleh pegawai penjara untuk menjalani pemeriksaan kesih4atan dan diminta membaca sepucuk surat.

Ahmad berkata dia membaca satu persatu baris ayat di surat itu, yang memaklumkan keputusan pen0lakan empat kali rayuannya sebelum ini sehinggalah pada baris terakhir yang menyatakan rayuannya diperkenankan.

“Apabila tiba pada ayat ‘diperkenankan’ bagi rayuan kali kelima, saya gag4l teruskan bacaan dan pegawai meminta saya melakukan sujud syukur,” katanya, sambil menambah saat itu dia bagaikan tiada keupayaan lagi untuk berdiri kerana terlalu terkejut sehingga terpaksa dipapah oleh pegawai pejara.

Ahmad berkata lagi malam terakhir di pejara juga dirasakan sangat panjang sehingga dia tidak dapat melelapkan mata.

“Saya tak tidur. Saya hanya berbaring atas simen… semua peralatan termasuk tilam, selimut, bekas air dan segalanya telah saya agihkan kepada bandvuan lain.

“Pada hari terakhir, sebelum melangkah keluar dari pintu besi, saya dibawa berjumpa pegawai penjara. Di situlah saya dijamu makan durian. Ia adalah hadiah untuk pembebasan saya. Ketika itu jugalah air mata saya mengalir laju. Sudah 20 tahun tidak merasa enaknya durian,” katanya yang kelihatan ceria dan mesra sepanjang temu bual secara santai itu berlangsung.

Katanya, apabila tiba di rumah pada 17 Ogos, dia disambut dengan penuh gembira oleh kaum keluarga dan rakan terdekat, sambil dijamu dengan nasi minyak serta pelbagai makanan lain manakala pada awal Muharam lalu, surau berdekatan rumahnya pula mengadakan kenduri kesyukuran menyambutnya pulang.

Ketika ditanya apakah yang akan dilakukan dalam masa terdekat, Ahmad yang mahir membuat perabot ketika di pejara berkata dia ada mendapat tawaran kerja tetapi masih belum membuat keputusan kerana mahu berehat seketika, selain mahu membalas jasa keluarga terutama kakaknya yang sering memberi sokongan dan sentiasa melawatnya di pejara walaupun terpaksa berhabis wang ringgit.

Bagi memastikan nilai positif pada dirinya terus kekal, Ahmad yang pernah meraih perhatian ramai kerana kehebatannya khatam kitab suci al-Quran sebanyak 165 kali ketika di pejara berkata, dia akan tetap meneruskan amalannya membaca al-Quran pada setiap hari seperti di penjara.

“Saya benar-benar terharu atas pembebasan ini. Terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong. Saya yakin apa yang berlaku ini mempunyai kaitan dengan amalan saya di penjara, termasuk doa yang tidak putus daripada keluarga,” katanya.

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*