Gagguan bekalan air dijangka berlarutan lagi 4 hari

Ganggvan bekalan air membabitkan hampir 1.2 juta akaun di tujuh wilayah sekitar Lembah Klang ketika ini, dijangka berterusan sekurang-kurangnya empat hari lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Penguvrusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Suhaimi Kamaralzaman, berkata ia berikutan Loji Raw4atan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2, 3 dan Rantau Panjang hanya boleh kembali beroperasi jika tahap pence3maran berada pada tahap 0 TON.

Setakat jam 2.30 petang hari ini, katanya, pence3maran masih dikesan di muka sauk loji berkenaan dan berada pada tahap 1 TON.

“LRA Rantau Panjang dan Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3 hanya akan mula beroperasi jika bacaan 0 TON diperoleh tiga kali berturut-turut. Uji4an bacaan tiga kali ini dibuat setiap 30 minit antara satu bacaan.

“Apabila LRA ini mula beroperasi, pengguna akan mula menerima bekalan air paling kurang dalam tempoh empat hari,” katanya pada sidang media di ibu pejabat Air Selangor di sini, hari ini.

 

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*