Niat di hati nak kongsi tips berjimat, tapi lain yang dapat

Sejak Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan sektor pelancongan domestik dibenarkan beroperasi mulai 10 Jun lalu, kita dapat lihat rakyat Malaysia mula melancong di dalam negara selepas tarikh itu.

Malah kajian mendapati trend melancong dalam negara telah meningkat sebanyak 30 peratus dan kebanyakannya memilih melancong bersama ahli keluarga.

Bagi yang melancong bersama keluarga,tentunya melibatkan kos yang tinggi sekiranya mempunyai bilangan anak yang ramai.

Maka,salah satu cara yang boleh dilakukan untuk memastikan motif percutian bersama keluarga tercapai tanpa membeb4nkan adalah dengan menyediakan makanan sndiri.

Tambahan pula di musim-musim C0vid19 ini, penyediaan sendiri makanan akan terjamin dari segi keselamatan dan kebersihan.

Baru-baru ini seorang pengguna Faceb00k telah berkongsikan tip untuk menjimatkan k0s ketika melancong.
Perkara itu dikongsi olehnya melalui satu grup masakan.

Ma4langnya perkongsian itu rata-rata mendapat reaksi n3gatif dari warganet. Ini kerana perbuatan memasak di dalam hotel adalah tidak dibenarkan sama sekali.

 

Bukan sahaja warg4net, perkongsian wanita ini turut mendapat perhatian Dr Rusyanie Ramli.

Dalam satu perkongsiannya di Facebook, Dr Rusyainie menjelaskan mengapa memasak di dalam hotel tidak dibenarkan.

Benar-benar MERDEKA kah kita kalau kelakuan sebegini?

Hotel ada peraturan yang kita wajib patuhi, contohnya
1. Tak boleh membawa masuk durian atau manggis.
2. Tak boleh merokok di bilik yang tak dibenarkan.
3. Kalau ada barang kita yang kita sengaja mengambilnya, kita mesti membayar ganti rvgi.
Banyak lagilah syarat dia.

Memasak memang tak boleh. Walaupun kita mengangkut periuk nasi atau apa juga peralatan dari rumah. Tetap tak dibenarkan. Bayangkan lah aromanya, habis satu bilik tu mesti dibersihkan kemudian. Kita boleh dide3nda untuk upah mencuci. Bukan murah pula tu. Sama macam asap rokok lah.

Ramai yang tetap lakukan begini atas sebab sendiri. Mungkin ahli keluarga besar, nak menjamu makan 3 kali sehari semasa bercuti memang boleh b0cor lah poket. Atau mungkin, makanan di tempat tu tak sesuai dengan selera.

Apa pun alasan, kalau dah sampai melaggar peraturan hotel tu, s4lah tetap sa4lah. Peliklah netizen ni, nak menyokong pun, berpada-padalah. Ni dah macam kenduri dalam bilik hotel. Sungguh lah kurang bertamadun kelakuannya.

Bayangkan kalau lah kuah tu tertumpah kat merata tempat dalam bilik. Maklumlah dah ramai kan, takkan semuanya boleh menja4ga sopan santun tanpa setitik kuah pun tumpah. Macam lah di rumah tak ada meja makan, kita sendirilah tahu kan macam mana boleh berse3pahnya keluarga kita bila dan menjamu selera.

Saya harap tuan punya status ni mungkin tak dapat bezakan homestay atau Air BnB dengan hotel. Manalah tahu kan, sebenarnya dia sekeluarga menyewa homestay dan bukannya hotel tapi dia menggelarnya sebagai hotel.

Bila kita menyewa Air BnB dan homestay pun tetap ada undang-undang mereka sendiri. Merata tempat di luar negara dah saya gunakan Air BnB. Jangan nak mencari pasal ya. Ni tak, ada kan cerita yang si polan menyewa Air BnB untuk 1 orang, tapi yang datang segerombolan sebab nak jimatkan bayaran. Benda semudah tu pun ada yang membuat onar.

Yang paling saya tak boleh terima ialah, dahlah melaggar peraturan, digebangkan lah pula dalam media s0sial. Tolonglah. Zaman sekarang ni memang begini ya, tak ada sekelumit pun ke perasaan bersa4lah bila dah meyalahi peraturan. Kalau sayalah, saya simpankan sengsorang. Kalaulah dia ni dapat dikesan oleh hotel terbabit, jangan pula mer0yan kalau did3enda ya.

Haih. Sungguh tak fahamlah.

Nota kaki:
Ketika saya ada urusan kerja di Philadelphia, bilik saya ada hot plate. Tapi kalau lah cuba goreng ikan bilis, mahu kecoh satu hotel, sebab baunya tu. Berpada-padalah ya.

 

Semoga apa yang dikongsikan Dr Rusyainie dapat memberikan fahaman yang jelas kepada semua pembaca mengapa memasak di dalam hotel tidak dibenarkan.

Nak bercuti, bercutilah, berseronoklah..tetapi kita masih tetap tertakluk kepada syarat dan peraturan di tempat orang. Itu semua demi untuk kebaikan bersama .

 

 

Sumber:Facebook

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*