RM85,000 demi Yamaha 125zr Go!

Kalau rezeki tak kemana!

Seorang pemuda,Mohomad Azehar Mat Siam, 29, dari Flat Sri Melaka, Cheras, Kuala Lumpur boleh dianggap orang kaya baru apabila ada individu sanggup membeli motosikal Yamaha 125zr Go! yang dibelinya pada 2003 dengan harga RM85,000.

Motosikal keluaran khas model Valentino Rossi itu dijual kepada seorang ahli perniagaan warga Vietnam yang hanya mahu dikenali sebagai Chuong, sekali gus menjadi tvlar di media s0sial.

Jurutera di sebuah syarikat swasta itu juga terkejut apabila ada peminat Yamaha 125zr yang sanggup membayar harga tinggi seperti itu untuk memiliki koleksi motosikalnya.

“Saya sengaja meletakkan harga RM85,000 itu supaya Chuong tidak membelinya namun tidak menyangka Chuong terus memasukkan wang pendahuluan ke dalam akaun bank saya sebanyak RM30,000 petang semalam.

“Pagi tadi, dia datang ke rumah dan melihat motosikal itu dan terus bersetuju dan membayar baki keseluruhan sebanyak RM55,000 lagi.

“Malah, Chuong juga membeli beberapa alat ganti motosikal Yamaha 125zr Go! original yang saya simpan seperti tayar dan ‘cover set’ keluaran khas model itu dengan harga RM5,000,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

 

Mohamad Azehar berkata, dia membeli motosikal Yamaha 125zr Go! itu kerana terlalu minat kepada pelumba motosikal berkuasa tinggi dari Itali itu.

“Semua alat ganti keluargan khas Yamaha 125zr Go! edisi Valentino Rossi itu saya simpan dan dijadikan koleksi peribadi.

“Motosikal Yamaha 125zr Go! itu saya beli dengan harga RM6,617.76 sahaja pada 2003 dan tidak pernah menunggangnya di jalan raya malah tidak didaftarkan. Saya sayang nak guna motosikal itu, oleh itu selama 17 tahun, motosikal itu hanya disimpan di dalam rumah saja,” katanya.

Beliau juga berkata, motosikal model Yamaha 125zr Go! itu keluaran terhad pada 2003 sempena Valentino Rossi dan ia sukar diperolehi sekarang.

“Jika ada pun motosikal sama pasti ia kondusi motosikal terpakai dan bukan baru seperti motosikal saya oleh itu tidak hairan peminatnya sanggup membelinya dengan harga yang tidak masuk akal seperti itu. Saya minat dengan motosikal dan sudah gemar membeli serta mengumpul motosikal sejak daripada zama persekolahan.

“Sekarang saya mempunyai sembilan motosikal iaitu dua motosikal Yamaha RX-Z, tiga Yamaha 125zr, tiga Honda EX5 dan sebuah Honda C70,” katanya.

Mengenai perancangannya dengan wang hasil jualan motosikal itu, Mohamad Azehar berkata, dia ingin menyimpan dan melaburkan wang itu untuk kegunaan masa hadapan.

“Seumur hidup saya, kali pertama dapat wang sebanyak itu hasil menjual motosikal sebelum ini pernah juga menjual motosikal tetapi hanya pada harga RM5,000 sahaja,” katanya.

 

 

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*