Doa naikkan seri wajah agar sentiasa disayangi ramai orang

Cantik itu subjektif. Ada yang berpendapat kalau putih baru cantik. Ada juga yang bilang hitam manis baru menawan. Terpulang. Hak masing-masing. Tapi.. tak semua yang cantik itu berseri.

Ada orang tu, mukanya biasa saja. Secalit mekap pun tak guna, jauh sekali lah nak cukur kening segala. Tapi wajahnya tetap menawan. Sejuk je mata memandang. Kalau nak marah pun rasa tak sampai hati. Hehehe.

Itulah namanya seri wajah. Tak susah sebenarnya untuk jadikan wajah cantik berseri. Bukan sahaja dengan cara mengamalkan petua tradisional, tetapi dengan mengamalkan Doa Nabi Yusuf sahajapun dah boleh buat supaya wajah tampil cantik dan berseri.

Bagi sesiapa yang mengkehendaki supaya muka atau wajah nya berseri perlulah ia membaca surah Yusuf Ayat 4 dan Surah Thahaa ayat 39 seperti di bawah ini setiap kali selepas solat.

“Idz Qaala Yuusufu Li Abiihi Yaa Abati Inni Ra Aitu Ahada’ Asyara Kaukabauw Wasy Syamsa Wai Qamara Ra aituhum Lii Sajidin”

Maksud Surah Yusuf Ayat 4;

(ingatlah peristiwa) ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: “Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“

Setelah membaca surah teruskan dengan membaca keratan ayat dalam surah Thaahaa ayat 39.

“Wa-alqaytu ‘Alayka Mahabbatan Minnii Walitushna’ ‘Alaa ‘Ainii”

Maksudnya surah Thaahaa ayat 39.:

 

“Dan Aku telah tanamkan dari kemurahanKu perasaan kasih sayang orang terhadapmu; dan supaya Engkau dibela dan dipelihara Dengan pengawasanKu”

Caranya:

Dibaca 3 kali kemudian sapu ke muka wajah.

Amalan ini juga sesuai bagi mereka yang berat jodoh.

Perlu diketahui

Jangan membaca tanpa memisahkan ayat tersebut. Baca dulu Surah Yusuf ayat 4 sehingga selesai, kemudian berhenti sebentar dan kemudian baru baca keratan surah Thaahaa ayat 39. Jangan disambungkan terus dengan bacaan surah Yusuf tadi.

Amalkan doa penyeri pemanis dan pengasih wajah surah nabi yusuf ini dengan niat yang baik terutama untuk isteri yang ingin suami menyayanginya lebih lagi.

Setiap kali bertemu atau bersua dengan isteri/suami, bacalah kedua ayat ini. Untuk mendapatkan kesan yang baik, hendaklah diamalkan selalu membaca dihadapannya. Tidak perlu membaca dengan kuat, memadailah dengan hanya membaca di dalam hati. Selain itu agar dikasihi masyarakat, bacalah kedua-dua ayat ini setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali..

 

Semoga bermanfaat.

 

 

 

 

Sumber:Ruqyah Sufi via Hijabist4

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*