Syazwan Zulkifly akui ada ‘chemistry’ dengan Wan Sharmila. Minta peminat doakan yang baik-baik

Drama bersiri
7 Hari Mencintaiku 2 siaran TV3 mendapat sambutan yang sangat luar biasa berbanding siri pertama dahulu.

Tidak klise seperti drama melayu lain yang sudah dijangka akan plot ceritanya. drama ini sentiasa mbuat penonton tertunggu-tunggu apakah yang akan berlaku pada episod seterusnya.

Dek tempias drama ini juga, pelakon Syazwan Zulkifly yang membawakan watak suami kepada Wan Sharmila, peminat mula menjodohkannya dengan aktres cantik itu.

“Saya akui ramai peminat mahu jodohkan kami berdua gara-gara drama ini. Nampaknya mereka betul-betul menjiwai drama ini.

“Sejujurnya, saya dan Lala (panggilan untuk Wan Sharmila) memang kawan. Ini bukan kali pertama saya bekerjasama dengan Lala. Sebelum ini banyak drama yang kami terlibat bersama.

“Jadi pengalaman ini memudahkan kami menjayakan watak yang diberikan dan dilihat serasi.

“Saya dan Lala gembira dengan penerimaan peminat terhadap lakonan kami sebagai suami isteri dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2.

“Mereka melihat watak saya sebagai Helmi dan Lala sebagai Sofi ini ada chemistry sehingga ramai yang mula menjodohkan kami,” katanya.

Tambahan Syazwan lagi,mungkin kerana status mereka berdua yang masih solo memjadikan peminat lebih seronok untuk menjodohkan mereka.

Bagaimanapun ujar Syazwan, semua itu hanya dalam drama sahaja kerana hakikatnya di luar lokasi penggambaran dia dan Wan Sharmila hanya kawan.

“Kami pun sudah lama tidak berjumpa. Hanya berhubung melalui group whatsap sahaja.

“Terima kasih kerana doakan yang baik-baik. Namun realitinya kami memang hanya kawan. Tidak lebih daripada itu,” jelas Syazwan Zulkifly yang meluahkan rasa bertuah kerana diberi peluang berlakon dengan ramai pelakon yang hebat.

Selain Syazwan dan Wan Sharmila, pelakon lain yang turut memberikan lakonan mantap ialah Shukri Yahaya, Siti Saleha, Liza Abdullah, Jasmin Hamid, Kaza, Bil Azali dan ramai lagi.

 

 

 

 

 

Sumber:Wilayahku

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*