Ezad Lazim kehilangan ibu di pagi Jumaat

Penyanyi Ezad Lazim memaklumkan ibunya, Rosadah Jahaya, 69, meningal dunia di rumah mereka di Taman Wira, Mergong, Alor Setar, Kedah, jam 6.30 pagi tadi.

Menurut kakak kedua penyanyi itu, Rozaimah Mohd Lazim berkata, ibu mereka rebah dalam bilik air ketika mahu mengambil wudhu untuk menunaikan solat Subuh.

“Emak tiada apa-apa sak1t dan kalau ada pun hanya d4rah tinggi tapi terkawal. Seperti biasa, pagi ini dia bangun untuk solat subuh.

“Adik bongsu kami, Mohd Rizal ketika itu sedang solat dan terdengar namanya dipanggil oleh emak.

“Dia segera mendapatkan emak dan mendapati emak jatuh dan tidak sedarkan diri dalam bilik air,” katanya.

Rizal kemudian segera menghubungi doktor dan ambulans bagi mendapatkan bantuan.

“Doktor yang tiba tak lama kemudian mengesahkan emak sudah tiada. Kami segera memaklumkan kepada Ezad dan dia kini dalam perjalanan pulang. Dia sempat balik menjenguk emak selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tamat.

“Jen4zah ibu akan dikebvmikan sama tempat dengan arwah ayah iaitu di Tanah Perkuburan Taman Uda, Alor Setar selepas Asar,” katanya.

Semalam genap setahun pemergian ayah Ezad iaitu Mohd Lazim Ismail yang meni1nggal dunia akibat jangk1tan kuman pada usianya 74 tahun.

Rosadah men1nggalkan empat anak iaitu Rozita, Rozaimah, Mohd Rohaizad dan Mohd Rizal serta 10 cucu dan seorang cicit yang bakal dilahirkan pada hujung bulan ini.

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*