Fasha- Aidil dapat anak perempuan

Pelakon Aidil Aziz berkongsi berita gembira menerusi laman s0sial Instagram (IG)nya kira-kira 15 minit yang lalu(ketika artikel ini ditulis) yang isterinya aktres jelita Fasha Sandha selamat mela4hirkan cahaya mata perempuan.

Aidil menerusi ruangan kapsyen mem4njatkan kesyukuran di samping memberitahu kepada semua keadaan terkini anak dan isterinya itu.

Dalam pada itu Aidil turut memberitahu akan bercuti selama sebulan untuk menjaga puteri dan menemani isterinya sepanjang proses berpantang.

“Syukur Ya Allah. Alhamdulillah di atas rezeki ini. Terima kasih isteriku @fashasandha di atas kandungan selama ini. I cuti sebulan jaga dan teman u berpantang ok.

 

‘Baby A’ merupakan anak pertama Aidil dan Fasha selepas mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.

Melalui perkahwinan terdahulu, Fasha mempunyai dua cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 7, dan Putri Raysha Jemyma, 6.

 

 

 

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*