Selepas Sarawak,Sabah pula catat rekod kanak-kanak positif Covid19

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah, Datuk Dr Christina Rundi sebentar tadi memaklumkan terdapat dua pelajar sekolah rendah disahkan positif Covid-19 pada Isnin lalu.

Selaras itu, rakan sekelas dan keluarga pesakit telah diperintahkan untuk menjalani kuarantin.

Kesemua kontak kepada murid sekolah itu juga telah diarahkan untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Pada Isnin, terdapat mesej tvlar di media s0sial menyatakan terdapat murid sebuah sekolah di Inanam dikesan positif Covid-19.

Kedua-dua murid itu dikesan positif apabila mereka mendapatkan rawatan kesihatan di klinik kesihatan berhampiran.

Difahamkan JKNS turut mengadakan ujian Covid-19 ke atas 37 orang lagi rakan sekelas murid berkenaan serta kepada ibu bapa dan lapan guru yang merupakan kontak kepada kedua-dua pesakit.

Atas sebab itu, Christina mengingatkan ibu bapa agar tidak menghantar anak-anak ke sekolah sekiranya mereka mempunyai gejala demam. Sebaliknya, bawa anak-anak ke klinik kesihatan bagi mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan pelajar mematuhi penjarakan s0sial dan memakai pelitup muka serta rajin mencuci tangan dengan sabun.

Sebelum ini Sarawak juga telah mencatatkan rekod dua kanak-kanak dari Kluster Sentosa disahkan positif covid 19.

Sumber:Sabah Info

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*