2 kanak-kanak disahkan positif Covid19 di Sarawak

Setakat semalam, Sarawak mencatatkan 25 kes positif Covid19 yang baharu di mana 16 daripada kes positif tersebut adalah kes penularan tempatan.

Dari kesemua jumlah tersebut juga, 3 kluster yang mencatatkan kes penularan terbaru ialah Kluster Sentosa, PUI Melbourne dan Kluster Mambong.

Dan yang terkini, kluster Satok juga telah muncul di Sarawak menjadikan keseluruhan kluster yang aktif di Sarawak adalah sebanyak 10 buah kluster.

Bukan itu sahaja,lebih mendukacitakan lagi, 2 orang kanak kanak berusia 10 tahun dan 6 tahun telah disahkan positif COVID-19 hasil saringan dari kluster Sentosa.

Dengan kes terbaru ini, diharap Ibu bapa tidak sewenang-wenang nya membawa kanak-kanak di bawah 12 tahun ke tempat tumpuan awam seperti kompleks membeli-belah apatah lagi hospital bagi mengurangkan risik0 jangkitan kepada mereka.

Bukan itu sahaja, warga emas berumur bawah 60 tahun juga perlu mengelak berada di tempat orang ramai.

Kita tiada pilihan. Norma baru harus diamalkan sepenuhnya. Kanak kanak dan warga emas harus dilindungi untuk menyelamatkan ny4wa.

Kelonggaran yang diberi kerajaan bukan syarat untuk kita terus leka.

Ingat, kita masih belum menang!

 

 

 

Sumber:iloveborneo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*