8 rakyat Malaysia antara yang bertuah dipilih menunaikan haji pada tahun ini

“Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu”.
Peribahasa ini sesuai untuk menggambarkan status terkini rakyat Malaysia yang dipilih untuk menunaikan haji pada tahun ini oleh kerajaan Arab Saudi.

Utusan Malaysia melaporkan,dalam 10,000 umat Islam yang terpilih untuk mengerjakan ibadat haji pada tahun ini, 8 orang daripadanya ialah rakyat Malaysia.

Difahamkan mereka akan bermula dengan wukuf pada Khamis ini.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Alauddin Mohd Nor berkata mereka adalah pelajar dan pekerja di Arab Saudi.

“Daripada jumlah itu tiga jemaah lelaki dan lima wanita. Bagaimanapun tiada kakitangan dari Kedutaan Besar dan Konsulat Jeneral yang terpilih,” katanya, seperti dipetik oleh akhbar itu.

Alauddin menjelaskan jumlah itu dimaklumkan sendiri oleh jemaah haji yang terlibat.

“Pihak konsultan masih belum mengetahui jumlah sebenar dan maklumat lanjut jemaah haji Malaysia yang dibenarkan kerajaan Arab Saudi,” tambahnya.

Kerajaan Arab Saudi mengehadkan bilangan jemaah haji pada tahun ini terhad kepada mereka yang menetap di negara itu dan tidak melibatkan bakal jemaah dari luar negara.

Mereka yang terpilih sebelum ini diminta mendaftar dengan pihak berkuasa haji dan umrah Arab Saudi untuk dipilih dengan saringan ketat.

Syarat ketat yang dikenakan termasuk hanya dalam kalangan mereka di bawah umur 65 tahun dan tidak mempunyai peny@akit kr0nik.

Antara yang terpilih ialah dua adik beradik Maryam Munirah Mohammad Masruh, 22, yang akan ditemani abangnya Musthafa Muadz, 30, sebagai mahram. Kedua-dua mereka sedang menuntut di Arab Saudi.

Menurut Mustafha, semua bakal jemaah dibekalkan beg khas berisi kit pencegahan p4ndemik Covid-19 oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

Mereka juga hanya dibenar mengerjakan haji ifrad iaitu ibadat haji diikuti umrah, katanya yang berlepas ke Madinah hari ini sebelum berihram di Qarnul Manazil pada Rabu.

Jemaah haji juga hanya dibenarkan berada di Mekah sehingga 2 Ogos, katanya.

Setakat ini COVID19 sudah menja4ngkiti hampir 16 juta orang di seluruh dunia dan lebih 642,000 m4ut.

Arab Saudi telah menggantvung pengeluaran visa umrah pada Mac lalu bagi membendung penularan wabak. Ia kemudian mengehadkan bilangan jemaah haji, yang lazimnya mencecah 2.5 juta orang setiap tahun.

Sumber:MalaysiaInsight

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*