KKM sahkan Dnars Luvee Cream antara 9 produk beracun

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu pengumuman hari ini mengesahkan terdapat sembilan jenama kosmetik termasuk dua jenama terkenal di Malaysia dikesan mengandungi racvn berjadual oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Sembilan produk berkenaan ialah Deeja Cosmetics (Laika Cream, Zulai Cream, Yus Cream), Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif) dan Gold Lifthing Serum (Night), Sparkle Beauty Cream dan Sun Day Cream, Qeziger Age-locking Recharging Spot AM Cream dan MS Skinz Night Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-Valerate.

“Kami menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan sembilan produk kosmetik ini.

“Notifikasi produk kosmetik ini sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalamnya sekaligus tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, produk yang mengandungi betamethasone 17-valerate, hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Penggunaan produk yang mengandungi bahan berkenaan tanpa pengawasan profesional kesihatan dan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta manakala penjualan dan pengedaran produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan D4dah dan Kosmetik 1984.

Dr Noor Hisham berkata, orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Katanya, orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman web rasmi NPRA atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kesan sampingan bagi hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan ris1ko k4nser kulit.

“Betamethasone valerate pula boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risik0 untuk diserap ke dalam sistem peredaran d4rah yang boleh membawa kesan mudarat.

“Selain itu, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya.

Menurutnya, merkuri pula dil4rang dalam produk kosmetik kerana boleh memvdaratkan kesihatan malah ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan ker0sakan buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” katanya.

 

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*