“Ini kali ketiga saya nak kahwin…”

Akhirnya! SELEPAS lebih enam tahun bergelar ibu tunggal, primadona Malaysia, Erra Fazira mengakui tidak pernah menutup hatinya untuk bertemu jodoh semula.

Hakikatnya, dia sentiasa menitipkan impian itu dalam doanya.

Namun Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek, 46, mengakui dia terlalu berhati-hati dalam soal jodoh ketika ini mungkin kerana pengalamannya yang lepas.

Itu sebenarnya yang membuatkan dia lambat bertemu jodoh tepat walaupun ada keinginan untuk kembali berumah tangga.

Menurut Erra, dia teringin menghabiskan masa tuanya nanti dengan berteman.

“Bukan tiada orang yang berminat atau merisik, tapi saya saja yang mungkin susah nak percaya atau terima, macam itulah. Ia makan masa. Siapa yang tak nak? Kalau ada alhamdulillah, kalau tak ada, nganga!

“Antara dalam doa saya selalu ada doa semoga terbuka jodoh yang baik bermakna saya berhasrat untuk berjodoh lagi. Lama-kelamaan anak saya akan membesar, usia saya pun meningkat, saya nak buat apa, kita nak peneman,” katanya

Bagaimanapun, Erra mengakui seru untuk berbuat demikian belum dia temui.

Sibuk menjaga anak tunggalnya hasil perkahwinan terdahulu dengan bekas suami, Engku Emran iaitu Engku Aleesya atau Aleesya, 11, dia enggan g4gal lagi dalam rumah tangga.

“Saya memang nak kalau ada seru untuk mendirikan rumah tangga. Cuma nak pergi itu, saya agak mungkin berhati-hati sikit. Katakanlah ada calon, saya takkan terus kata okay, suruh kahwin sebab saya pun nak kahwin, takkan nak terus redah.

Saya mesti nak pastikan dulu sebab usia saya pun sudah meningkat dan ini kali ketiga saya nak kahwin. Ia buat saya jadi lebih berhati-hati, lebih lambat proses itu nak berlaku,” katanya.

Ujar  Erra lagi, dia tidak mahu menetapkan ciri tertentu pada bakal jodohnya.

Baginya dia mengambil banyak pengajaran daripada dua perkahwinan terdahulu untuk dijadikan panduan.

Namun, dia semestinya mengimpikan untuk dipertemukan dengan lelaki yang mampu membimbingnya dunia akhirat.

Dia tidak kisah siapa, sama ada orang dalam industri seni mahupun orang luar industri seni.

“Sekarang saya dalam proses mencari lelaki yang ciri-cirinya mengejar seiring dunia dan akhirat. Maknanya, ada masa kita kerja, kerja betul-betul. Ada masa, bawa mengaji bersama atau buat ibadah bersama. Saya lebih ke arah itu.

“Saya ambil pengajaran tidak menetapkan untuk bertemu jodoh orang seni atau orang luar industri. Sebelum ini, saya sentiasa nak dengan orang luar, tapi dipertemukan jodoh dengan orang dalam bidang sama juga,” katanya.

Dalam pada itu, Erra juga mengakui kerap diajukan soalan oleh Aleesya berkenaan soal adik baharu. Bagaimanapun, puteri kesayangannya itu pada masa sama tidak mahu dirinya berkahwin semula.

“Aleesya nak adik, tapi tak nak saya kahwin. Kadang-kadang adalah saya beritahu ada lelaki nak ajak kahwin, terus dia kemvrungan, s3dih. Satu hari dia tak ada ‘mood’. Sebab baginya, kena kahwinkah? Dia takut sayang berblah bahagi macam itulah.

“Tapi, bila bercakap pasal adik, dia cakap bila dia nak dapat adik?,” katanya.

Apapun, dia mengakui perhatiannya sekarang banyak diberikan kepada Aleesya dan berharap anaknya membesar dengan akhlak terpuji.

Baginya, itu keutamaan terbesar saat ini di samping menanti jodohnya tiba pula.

“Keutamaan sekarang memang sudah berubah. Keutamaan saya adalah untuk besarkan anak, bagi jaminan masa depannya. Yang pasal jodoh, biarlah dia jalan sendiri,” katanya mengakhiri perbualan.

 

 

 

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*