Bekas anggota kumpulan Eva, Linda, 43, akan melangsungkan pernikahan dengan lelaki pilihannya Mohd Fairuz Ibrahim, 33, Sabtu ini di Putrajaya.
Linda atau nama sebenar Norhaslinda Ishak yang juga ibu saudara penyanyi Aiman Tino berkata, dia dan bakal suaminya yang berstatus duda adalah kenalan lama.
Walaupun jarak umur mereka 10tahun, Linda menerima Fairuz kerana sikapnya yang matang, menghormati dan sangat memahami.
Fairuz juga tahu minatnya pada bidang nyanyian dan tidak pernah menghalang Linda dari terus menyanyi.
“Dia juga sentiasa ada ketika saya dalam kesukaran. Paling utama saya akui perlukan pasangan untuk dijadikan teman yang boleh menjaga saya ketika sakit dan sebagainya.
“Apapun, saya anggap sudah jodoh kami untuk hidup bersama. Alhamdulillah, anak-anak juga tidak menghalang untuk saya berkahwin dan membina kebahagiaan semula,” katanya kepada Harian Metro.
Linda yang pernah popular dengan lagu Bulan Cinta bersama kumpulan Eva pada 1990-an lalu berkata, dia dan Mohd Fairuz saling menerima seadanya diri masing-masing.
“Kami pernah ada sejarah g4gal dalam rumah tangga terdahulu. Jadi, dengan keputusan untuk bernikah ini diharapkan kami mempetoleh kebahagiaan berkeluarga semula.
“Saya pun tak peduli tanggapan orang berkaitan jarak usia kami. Ini kerana, kami saling menyayangi dan yang penting saya tak ambil hak orang lain,” katanya.
Linda juga berharap rumah tangga nya kali ini akan berkekalan sehingga ke akhir hayat dan dia yakin perkahwinan itu mendapat restu.
Linda sebelum ini mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan dikenali sebagai Hasbullah selama 20 tahun sebelum bercerai pada September 2018.
Hasil perkongsian hidup itu, mereka dikurniakan empat cahaya mata iaitu Muhammad Haziq, 20, yang juga bekas penyanyi Putera Band; Afrina, 16; Syuhadah, 15; dan Aliya, 10.
Sumber:HM
Leave a Reply