Penganggur ditahan reman gara-gara mencvri ‘pokok viral’

Gara-gara tular pokok lidah jin yang dikatakan harganya mampu mencecah sehingga RM200 sepokok, seorang penganggur nekad mencvri pokok tersebut.

Kejadian berlaku di sebuah taman asuhan kanak-kanak di Sekayu, Hulu Terengganu pada 24 Jun lalu kira-kira jam 6.15 petang.

Kehadiran suspek dalam keadaan mencvrigakan di kawasan pusat asuhan berkenaan disedari seorang tenaga pengajar di taska itu.

Wanita terbabit kemudian mengajak rakannya untuk membuat pemeriksaan dan suspek sempat memaklumkan bahawa dia cuma singgah di kawasan berkenaan untuk mencuci tangan sebelum kemudiannya tergesa-gesa beredar.

Hasil pemeriksaan mendapati lima pokok lidah jin yang ditanam dalam pasu di taska itu hilang dan ketika melarikan diri, saksi melihat semua pokok itu berada dalam bakul motosikal yang ditunggang suspek.

Bagaimanapun, suspek berjaya dit@ngkap pihak polis di sebuah rumah di Hulu Terengganu pada 5.30 pagi Selasa.

Suspek yang berumur 37 tahun direman selama tiga hari bermula 7 sehingga 9 Julai ini untuk siasatan lanjut.

Perintah r3man dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Sesyen dan Majistret, Kuala Terengganu, Noradila Ab Latiff mengikut Seksyen 379 Kanun Kes3ksaan kerana mencvri.

 

 

 

 

 

Sumber:Awani

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*