Ustaz Ebit hadiahkan mesin basuh ,peti ais buat To’ki

Kisah kesempitan hidup penyanyi popular 90an To’ki mendapat perhatian Ustaz Ebit Lew.

Dalam posting terbaru Ustaz Ebit di laman Facebooknya, Ustaz Ebit berkongsi saat-saat ziarah beliau ke kawasan kediaman penyanyi tersebut.

Sebak sayu tadi ziarah To’ki. Ramai tag saya di fb berita ini. Saya terus ke sana. Sampai je dah berdebar kata Allah ke dalam juga ini. Sekali sampai pondok ini ini dah setahun To’ki tinggal bersama isterinya yang sakit. To’ki khidmat jaga dan uruskan isteri kerana isteri tak boleh bergerak sangat.

Dari jauh To’ki terus sambut saya dan terus peluk saya. Tak sempat nak cakap apa-apa. Macam dah lama kenal. Terus To’ki kata kenapa ustaz buat semua ini. Kebaikan pada semua orang tanpa harap balasan. Allah sayang ustaz.

InsyaAllah akan bantu untuk tangki dan water pump air sungai dan bilik air. Saya hadiahkan juga peti ais dan mesin basuh. Dari live kami tadi InsyaAllah Hj Hamid dari Kulim akan beri kayu pain untuk buat rumah cantik-cantik. Syukur dapat berkongsi ilmu dan berkasih sayang.

 

Mulia sungguh hati insan yang bernama
Ebit Irawan Bin Ibrahim Lew @ Lew Yun Pau ini.

Semoga Allah lipatkan berpuluh ganda kebaikan terhadap Ustaz kesayangan ramai ini.

 

 

 

Sumber:FB

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*