Gagal bayar hutang, Boy Iman diisytihar muflis

Pelakon yang juga ahli perniagaan, Datuk Boy Iman, 40, diisytihar muflis oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, berkuat kuasa 1 Julai 2020.

Pengisytiharan muflis itu ditetapkan oleh mahkamah selepas Boy Iman atau nama sebenarnya Noruliman A Rahman selaku penghutang penghakiman gagal melunaskan tuntunan lebih RM60,000 dibuat seorang individu pada pertengahan tahun lalu.

Peguam, Hizri Hasshan yang mewakili pemiutang penghakiman selaku pihak yang memfailkan tuntutan memaklumkan bahawa Boy Iman menerusi syarikatnya, DBI Technology Sdh Bhd ada melancarkan program pembinaan rumah mampu milik dikenali DBI Homes sekitar 2017 lalu.

“Anak guam kami menyertai program itu untuk pembinaan rumah jenis Ilham dengan kos sebanyak RM50,000. Malah, pembayaran penuh dibuat anak guam.

“Pembinaan rumah itu sepatutnya siap dalam tempoh enam bulan, namun projek akhirnya tidak menjadi dan pemiutang penghakiman yang menyedari sudah ditipu mahu membatalkan kontrak dan meminta Boy Iman membuat pemulangan wangnya semula.

“Namun, pihak Boy Iman terus mendiamkan diri dan anak guam kami mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut haknya serta pembelaan ke atas diri sendiri kerana menjadi m4ngsa ‘sc4m’,” katanya.

Menurut Hizri, tuntutan kes yang berlangsung dari 2019 itu akhirnya menemui penyelesaian apabila mahkamah memvtuskan Boy Iman diisytihar muflis.

Prosiding kebankrapan difailkan terhadap Boy Iman selepas Boy Iman gagal membuat pembelaan diri terhadap tuntutan yang dibuat.

Hizri turut mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dalam sebarang keputusan mahu dibuat membabitkan kewangan supaya tidak menjadi mangsa penipvan pihak tidak bertanggungjawab.

 

 

 

 

Sumber:HM

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*