Bekas isteri Ude Wahid nafi sudah temui pengganti

Siapa boleh lupa dengan kisah mengenai pemuzik Ude Wahid yang menc3raikan isterinya,Intan Salleh selepas bernikah dengan pelakon Izreen Azminda.

Sejak itu,nama Intan Salleh menjadi sebutan dek kerana kontr0versi tesebut.

Baru-baru ini ,cerita Intan kembali menjadi perhatian apabila dia memuat naik fotonya bersama seorang jejaka.

Menerusi kemas kini terbaharu di akaun Instagram miliknya itu, Intan turut mendedikasikan nukilan khas buat jejaka itu.

“Sesuatu hubungan itu terjalin bukan kerana anda mengenali seseorang dalam jangka masa yang panjang, ia tentang siapa yang masuk ke dalam hidup anda dan berkata ‘saya di sini untuk awak’ dan berjaya buktikannya! Saya ketawa sedikit besar, menangis sedikit dan senyum banyak kerana awak. Terima kasih kawan!” katanya.

Dedikasi khas Intan yang membahasakan dirinya sebagai Bonda terhadap jejaka itu telah menimbulkan andaian dan persoalan daripada pengikutnya yang merasakan dia sudah menemui pengganti.

“Ya Allah , jodohkan lah kawan Bonda ni dengan Bonda.

“Wow lagi handsome dari sebelum ni.

“Allah gantikan yang lebih herlok dari sebelm ni, semoga dipermudahkan Bonda,” komen antara pengikutnya.

Pun begitu, Intan tidak berdiam diri dan tampil menjawab persoalan mereka.

“Hehehe terima kasih semua..terima kasih komen…but we’re just friend… doakan Bonda bertemu jodoh ya…hehehehhe,” jawabnya.

Intan berkawin dengan Ude pada 1 Mac 2013 dan bercerai talak satu pada 22 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan dua orang anak iaitu Arish Muqri, 4, serta Ariq Muqri, 2 tahun.

Intan sempat bermadu dengan Izreen Azminda apabila Ude mengahwini Izreen pada 8 Ogos 2017 secara tutup tanpa kehadiran media.

 

 

 

 

 

Sumber:Gempak

 

 

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*