Pemain bola sepak Malaysia, Nazmi Faiz selamat menimang cahaya mata sulung jam pada 26 Jun lalu tepat pada jam 4:10 pagi.
Nazmi,25, turut mengumumkan nama puteri sulungnya itu, Maria Miqayla menerusi Instagramnya.


“Assalamualaikum Puteri Sulungku Maria Miqayla. Syukur Alhamdulillah semua berjalan dgn lancar.
“Thank you sayang @nurullyasmin & Terima Kasih yg mendoakan kami ,” tulisnya.
Selain rakan-rakan dalam sukan bola sepak, foto tersebut juga dibanjiri komen dari peminat.
Terdahulu, Nazmi berkahwin dengan Nurul Yasmin pada November 2017.

Nama Nazmi mula melonjak naik apabila dia berjaya menandatangani kontrak 3 tahun dengan kelab Portugal,Portugal S.C. Beira Mar yang berpengkalan di Aveiro ketika baru sahaja berusia 18 tahun.
Nazmi kini merupakan pemain pasukan Johor darul Takzim FC.
Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP
Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress
Sumber:MH
Leave a Reply