“Kalau betul suami saya sukakan dia,dah lama dia tukar agama dan kahwin”- Fatin Afeefa terpalit lagi k0ntroversi dengan suami orang

Seorang wanita yang mendakw4 dirinya ialah isteri kepada kekasih pelakon Fatin Afeefa mendedahkan sudah hampir tiga tahun pasangan ini menjalinkan hubungan bersama.

Seperti yang dilaporkan oleh portal hiburan Gempak,menurut  wanita tersebut, Fatin pernah berjanji untuk tidak lagi mengganggu rumah tangganya.

“Fatin bersama suami saya atas dasar nak hidup mewah dan kepuasan nafsv saja selama tiga tahun ini. Awal-awal dulu suami saya ada beli sebuah kereta Mercedes tapi saya tarik balik sebab beli atas nama syarikat.

“Tapi selepas setahun, Fatin ada beli kereta Audi yang didaftarkan atas nama dia sendiri. Tapi saya percaya suami saya yang bayar untuk down payment.

“Saya pernah jumpa bank statement dan resit-resit pembelian barang mewah seperti cincin dan beg tangan. Saya percaya barang-barang tersebut dibeli untuk Fatin.

“Sewa rumah pun mesti suami saya tolong bayarkan juga. Tu yang Fatin bersungguh-sungguh nak saya pergi.

“Dia pernah hubungi saya tahun lepas kononnya dia tak akan jumpa suami saya lagi tapi itu semua drama.

“Saya percaya dia berpindah ke Kuala Lumpur setelah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menghubunginya berhubung laporan yang saya buat.

“Kalau suami saya tak datang, dia akan ugut. Selalunya dia akan cakap nak bvnuh diri, dia kelar tangan macam dulu. Takpun dia tawar diri untuk buat apa saja,” ujarnya lagi.

Bukan itu sahaja, pelakon filem Tentang Bulan itu juga ada membuat satu akaun palsu untuk menyuruh dia bercerai dengan suaminya.

“Fatin ada buat satu akaun palsu lepastu direct message (DM) saya untuk tinggalkan suami saya. Dia kata suami saya jelas sukakan dia, kalau tak hubungan mereka tak kekal sampai tiga tahun.

“Dalam mesej tu juga Fatin kata saya tak perlu meroyan sebab dah tau suami penipu baik angkat kaki dan jalan. Tak perlu untuk bersama lagi.

“Dia pandai nasihat saya tapi diri sendiri tak sedar. Kalau betul suami saya sukakan dia, dah lama tukar agama (convert) dan kahwin dengan dia,” ulas wanita tersebut.

Sebelum ini nama Fatin Afeefa pernah terpalit k0ntroversi apabila foto panasnya bersama kekasihnya itu tersebar di laman maya.

Fatin pernah bernikah sebanyak dua kali dan dikurniakan dua orang cahayamata hasil  dari dua perkahwinan tersebut.

 

 

 

Sumber:Gempak

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*