Azhar Sulaiman dedah anak kurang mahir berbahasa Melayu

Baru berusia 18 tahun, anak kepada pelakon Azhar Sulaiman, Kasih Iris Leona dilihat mempunyai bakat dan kecenderungan dalam dunia modeling. Ditambah dengan wajahnya yang manis, Kasih Leona memang tampak hebat bila bergaya.

Selain itu ,Kasih Leona juga aktif di laman s0sial Tiktok.

Dengan rupa dan bakat yang dimiliki Kasih Leona,maka tidak salah rasanya jika Azhar Sulaiman ‘mempromosikan’ anak perempuannya itu untuk berlakon di dalam mana-mana drama tempatan.

Sungguhpun begitu, Azhar mengakui bahawa Leona kurang mahir berbahasa Melayu.

Perkongsian tersebut dibuat pelakon senior ini menerusi Instagram.

“My daughter Leona nak berlakon drama. Kalau you larat ajar dia Melayu betul2, Mami izinkan,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, rata-rata memberikan komen yang pelbagai.

Dan akhirnya Azhar memberitahu anaknya mampu bertutur dalam Bahasa Melayu, cuma pelat.

Hai..kalau orang cantik macam Leona ni, tentu ramai je yang tawarkan diri jadi guru Bahasa Melayu.

Selain Kasih Iris Leona, Azhar mempunyai dua lagi cahaya mata, Kasih Leia Ixora dan Andika Rees Pahamin hasil perkongsian hidupnya dengan Chempaka Emalin Pahamin

Foto: Instagram Azhar Sulaiman

 

 

 

 

Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! LMP

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook @LubukMaklumatPress

Sumber:MH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*