Azlee enggan ulas isu perceraian

Pelakon Azlee Khairi akhirnya mengesahkan dirinya bukan lagi suami orang.

Azlee berkata dia perlu tampil menjelaskan perkara sebenar untuk mengelakkan fitnah dan salah sangka.

Mengulas mengenai hubungannya dengan seorang usahawan kosmetik yang bernama Anisa,Azlee mengaku mengenalinya sejak hampir setahun lalu.

“Kami masih dalam fasa awal perkenalan iaitu mengenali hati budi. Masih terlalu awal untuk meneka pengakhirannya.

“Saya tidak selesa berkongsi lebih-lebih lagi hal peribadi. Tetapi tidaklah bermaksud hendak berselindung. Aniss faham cara saya. Itu membuatkan saya selesa dengannya,” katanya.

Bagaimanapun, Azlee yang pernah dikaitkan dengan teman gandingan dalam drama Seadanya Aku, Zara Zya, enggan memperincikan punca perceraian dengan bekas isteri.

“Saya tidak mahu mengulas lanjut persoalan bila saya berpisah dengan bekas isteri,” tegas Azlee.

Ketika namanya di puncak populariti, Azlee bertemu jodoh dengan wanita pilihan kelahiran Brunei, Dayang Norlelawati Puteh, 36.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2014 dan Azlee kemudian menetap di Brunei.

Azlee mula mencipta nama melalui drama adaptasi novel Love You Mr Arrogant pada 2013 yang dibintangi bersama Zara Zya.

Sumber:BH

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*