
Tidak dinafikan memang agak svsah untuk kita meneka berapa umur seseorang itu, tambahan lagi kalau mereka dilihat seakan lebih matang daripada usia sebenar.
Belum kira lagi kalau yang wanitanya bersolek sakan. Lagi tak boleh nak agak berapa usia mereka yang sebenar.
Apa pun, di sini kami senaraikan artis tempatan kita yang dilahirkan pada tahun 1990, jadi kini usia mereka sudah pun mencecah 30 tahun. Sepanjang tempoh bergelar anak seni, pelbagai pencapaian yang dilakar mereka.
Jom tengok siapa yang sebaya ni!
1)Shila Amzah – 13 Ogos 1990
Bakat seni yang dimiliki oleh Shila diwarisi dari bapanya ,iaitu pelakon dan penyanyi 80an, ND Lala.
Lebih manis apabila Shila berjaya menembusi industri hiburan negara China dan menempatkan dirinya sebaris dengan artis popular di sana.
Mendirikan rumahtangga dengan Haris Idraki Elias pada tahun 2018, pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki, Seth Uwais.
2)Stacy – 18 Ogos 1990
Bintang ini dilahirkan dari program realiti TV popular, Akademi Fantasia 6.
Memilih nama Ummu Shaikhah Stacy binti Anam ,Stacy memeluk Islam pada tahun 2015 dan menamatkan zaman solonya bersama penyanyi Akim Ahmad,juga kelahiran Akademi Fantasia.
Pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata perempuan, Eshaal dan juga seorang anak angkat Bella Deluna.
3)Fattah Amin – 14 September 1990
Walaupun kehadirannya di bidang seni bermula dari menyertai pertandingan Hero Remaja, nama Fattah Amin melonjak naik ketika berlakon bersama Neelofa dalam drama “Suri Hati Mr Pilot”.
Fattah mendirikan rumahtangga dengan pelakon wanita popular,Fazura pada tahun 2017 dan kini sedang menantikan cahayamata sulung mereka yang dijangka lahir pada September ini.
4)Aliff Satar – 19 September 1990
Artis bebas k0ntroversi ini dicvngkil bakatnya dalam program realiti One in A million.
Bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian dan lakonan, Aliff juga seorang pengacara yang versatile.
Aliff banyak mengacarakan rancangan – rancangan di stesen televisyen Media Prima dan Astro bersama Shahrol Shiro,Sherry Al Hadad dan Zizan Razak.
Mendirikan rumahtangga pada 15 September 2014 dengan Sha Dila Halid yang juga merupakan pengurusnya, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Alisha Anugerah dan Ariana Mecca serta seorang anak lelaki, Muhammad Ali yang dilahirkan pada tahun lepas.
Leave a Reply